Tuesday, May 12, 2015

JANGANLAH DIUNGKIT KEBAIKANMU.

بسم الله الرحمن الرحيم Assalaamu Alaykum Wa Rahmatullaahi Wa Barakaatuh اللهم صل على محمد وآل محمد

by Abu anas madani

JANGANLAH DIUNGKIT KEBAIKANMU.
Firman Allah: “Orang-orang yang menafkahkan hartanya di jalan Allah, kemudian mereka tidak mengiringi apa yang dinafkahkannya itu dengan menyebut-nyebut pemberiannya dan dengan tidak menyakiti (perasaan si penerima).” (al-Baqarah: 262)

◆ Ibnu Sirin rahimahullah terdengar seorang lelaki berkata kepada lelaki yang lain : "Aku telah melakukan kebaikan sekian-sekian kepadamu...."
◆ Lalu Ibnu Sirin menegur lelaki itu : "Diamlah. Tiada lagi kebaikan pada kebaikan yang diungkit-ungkit."
◆ Telah berkata sebahagian para hukama' :
"Sesiapa yang mengungkit-ungkit kebaikan yang dilakukan olehnya, maka dia telah menggugurkan kesyukurannya."
"Sesiapa yang berasa 'ujub dengan amalannya, dia telah membatalkan pahala amalannya itu."
Sumber : كتاب أدب الدنيا والدين للماوردي
"Ya Allah, jauhkanlah kami daripada sifat suka mengungkit-ungkit dan sifat 'ujub dengan amalan kebaikan yang telah kami lakukan
Post a Comment