Saturday, July 25, 2015

Jaga poket

بسم الله الرحمن الرحيم Assalaamu Alaykum Wa Rahmatullaahi Wa Barakaatuh اللهم صل على محمد وآل محمد






Jangan beli beg tangan harga Rm 300.00 tapi dalam beg ada RM 10.00.
 Tetapi....
Beli beg harga RM 10.00 dan dalam beg ada RM 290.00.

Hiduplah dengan menjaga poket - lebih dari jaga standard.-barulah tak pokai memanjang....

Kisah kami.

Dulu semasa pizzahut baru buka dekat the Mall -bangunan pwtc tu . Kami yang dari darat ni nak cuba lah jugak. Masuk dalam restoran , tengok , alamak besarnya pinggan piza meja sebelah. Ada dua pinggan -makan 4 orang jer.
Aku pun order yang paling kecik . Pekerja restoran tu pandang semacam jer- dalam hati dia mungkin dok kata kat aku " tak ada duit agaknya makcik ni " tak kisah lah .... makanan tu makanan asing , tak tahu lagi sedap ker tidak,. cuba dulu. Kalau sedap boleh order lagi.
Orang sebelah yang order pinggan besar tadi tak habis pun makan - tak sesuai selera agaknya . Tinggalkan jer hampir separuh setiap pinggan. Membazir you.....

Biar orang kata tak bergaya sebab bukan mereka bayar untuk kita.
Lagipun membazir tu kan dosa .... meraka pun tak tanggung untuk kita....

BIAR TAK KELIHATAN KAYA TAPI KITA MEMANG KAYA......
DARI
KELIHATAN KAYA TAPI SEBENARNYA PAPA...


No comments: