Wednesday, August 19, 2015

2 PERKARA YANG PERLU SUAMI ISTERI JAGA

بسم الله الرحمن الرحيم Assalaamu Alaykum Wa Rahmatullaahi Wa Barakaatuh اللهم صل على محمد وآل محمد



Sesungguhnya daripada banyak perkara, yang perlu dijaga antara suami dan isteri, hanya ada dua perkara sahaja yang perlu dijaga masing-masing, keinginan menggauli isteri dan pandangan.
Hasil pemerhatian saya terhadap kaunseling ke atas pasangan suami isteri yang sudah berumah tangga sekitar 5 tahun lamanya, memberi kesimpulan bahawa suami menjaga 2 dan isteri menjaga 2 perkara, jika 2 perkara ini dijaga maka dapat dipastikan insyaAllah rumah tangga anda harmonis.
Apa yang perlu dijaga isteri terhadap suaminya? Iaitu HUBUNGAN KELAMIN dan PANDANGAN.
Hubungan kelamin merupakan salah satu keperluan utama bagi pemuda yang bernikah. Hubungan kelamin yang baik bagi pemuda akan menciptakan cinta yang menyala-nyala, maka tidaklah menghairankan jika masalah lain muncul yang awalnya berpunca dari masalah ini.
Pandangan adalah kunci kelemahan suami dan kekuatannya. Saat suami memandang anda yang selalu tersenyum, cerita dan seperti tidak punya masalah (sekalipun ada anda sembunyikan). Ketika dilihatnya pakaian anda rapi, bersih dan indah, anak-anak dilihatnya terurus, rumah dilihatnya rapi dan bersih. Intinya semua pandangannya terjaga maka bagi suami itu sudah sangat sempurna. Jangan sampai berpakaian ala kadarnya sehingga suami merungut “sayang tak ada baju lainkah?” itu petanda pandangannya terganggu.
Baiklah, bagaimana dengan suami? Apa yang harus dijaga seorang suami terhadap isterinya? Jawabannya adalah CINTA dan PERASAAN.
Cinta adalah keperluan utama isteri anda, Cinta dalam bentuk memberikan perhatian yang tulus, bertanyakan kabarnya, memahami kelelahannya, dan sebagainya.
Ketika anda mampu menjaga cinta isteri anda maka saya pasti waktu mana pun anda mengajak bercinta, isteri anda akan bersegera mendapatkan anda. Jika suami sesudah melalkukan hubungan kelamin dahulu baru tumbuh cintanya, berbeza dengan isteri, cinta dahulu baru tumbuh ingin rasa bersama.
Maka dalam hal ini wanita dapat dikatakan “Setia” itu di bahagian ini, Saat isteri anda sangat mencintai anda maka dia hanya akan mahu bercinta dengan anda. Tetapi jika dia mulai curang dan bercinta dengan lelaki lain dapat, saya pasti dia sudah tidak lagi mencintai anda.
Perasaan adalah hal kedua yang wajib dijaga oleh suami terhadap isterinya, maka jika suami sangat sensitif pada pandangannya maka isteri sangat sensitif dengan perasaannya, jangan cuba-cuba member komen pada cara dandanannya, masakannya ataupun penampilannya dengan nada negatif maka anda menghancurkan perasaannya.
Sebenarnya ada titik temu masing-masing dalam hal ini. Suami memerlukan hubungan kelamin dan isteri memrlukan cinta. Jika suami menemukan hal istimewa dalam hal bercinta maka dia bertambah cinta. Sebaliknya jika isteri terjaga cintanya oleh suami maka apa sahaja kehendak suaminya, dia akan penuhi. Jadi, sama-samalah anda menjaga apa yang masing-masing perlukan.
- Adi Supriadi-bahagian dakwah JAKIIM

No comments: