![](https://hazlytakafulge.files.wordpress.com/2014/06/ilmu-yang-berkat-walau-sedikit.jpg)
Sering saya dengar rasa gelisah ibubapa
golongan berada mengenai sekolah yang hendak ditempatkan anak-anak mereka .Ada
diantara mereka yang mengadu tentang corak sekolah yang sama dan tidak ada
kepelbagaiannya serta penguasaan para guru keatasnya. Ada pula yang merungut
mengatakan semua kanak-kanak diletakkan dalam acuan yang sama tanpa dibezakan
kecenderungan serta kemampuan mereka, disamping mengabaikan Bahasa-bahasa
asing.
Pada masa yang sama mereka juga merungut
mengenai sekolah-sekolah asing (swasta). Sekolah-sekolah ini walaupun mengambil
kira kecenderungan , kemampuan murid serta berusaha untuk berlaku lemah lembut
, menghormati peribadi dan cuba berbaik dengan kanak-kanak dengan berbagai cara
dan mempelbagaikan cara mengajar dan cara mendidik dengan tujuan untuk
menimbulkan minat merak, tetapi
sekolah-sekolah ini mempunyai matlamat yang tidak bersih yang bertentangan
dengan tatasusila, tradisi serta semangat kebangsaan, Sekolah ini mendapat
peruntukan yang lumayan dari kerajaan asing dengan menitik beratkan matlamat
jangka panjangnya dengan menanam perasaan sukakan mereka. Disamping menjauhkan
kanak-kanak dari kepercayaan murni bangsa melalui berbagai cara yang ‘beracun”
secara tidak langsung yang jarang diberi perhatian oleh ibubapa. Kesannya
adalah “mujarab” dan tidak diragui mengenainya.
Golongan
hartawan ini (dan bilangan mereka
ramai) berada dalam dilemma .Sebahagian dari mereka sanggup menerima segala
bahaya yang mungkin timbul dari sekolah-sekolah asing ini untuk memusakan hati
anak-anak mereka. Sebahagiannya pula memasukkan anak-anak mereka kesekolah
kerajaan tetapi mereka tidak puas hati kerana sekolah tersebut tidak sesuai
dengan keadaan “aristocrat” anaknya. Biar betapa banya percubaan kita untuk
meyakinkan ibubapa yang kaya itu akan pentingnya mereka melatih anak-anak
mereka tentang kehidupan demokrasi disekolah-sekolah kerajaan dan hidup
bersama-sama anak –anak orang miskin atau golongan sederhana (yang menurut
mereka sebahagian besarnya berpenyakit dan kotor). Namun demikian seruan kita
nampaknya sia-sia sahaja.
Perkara ini merupakan suatu gejala yang
tidak sihat . Andainya kita tidak berusaha cepat untuk mengatasinya , maka kita
akan menjadi punca membahagikan generasi baru kepada dua “kelompok yang tidak
sebulu” yang masing-masing memperkecilakn yang lain serta memusuhinya.
Bagi saya untuk mengatasinya perlulah
didirikan sekolah-sekolah kebangsaan yang ideal , yang memperaktikkan cara
pendidikan yang moden dan mengambil kira setiap kehendak dan tuntutan para
ibubapa golongan “aristocrat”. Malah para gurunya melayani murid-murid bagai
saudara dan wujud kepelbagaian serta pembaharuan didalam sekolah tersebut.
Prinsip-prinsip yang kita cadangkan
supaya dilaksanakan dan dicontohi bukanlah merupakan suatu perkara warisan
pusaka pendidikan kita dalam zaman kegemilangan dahulu. Bagaimanapun agama
islam sendiri telah menggesa supaya kanak-kanak itu ditujukan dengan perkataan
yang setara dengan pemikiran mereka dan hendaklah setiap pendidik turun
keperingkat mereka serta tidak membebankan lebih dari kemampuan mereka . Selain
dari itu perlulah dihormati keinginan mereka
kerana setipa suatu dijadikan untuknya. Adalah baik kiranya setiap
ibubapa melatih mereka sni riadah yang berfaedah dan yang digemari seperti
memanah , berenag dan menunggang kuda serta tidak menggoda mereka atau
menimbulkan kebencian mereka dan lain-lain lagi – seperti yang saya jelaskan
dalam tulisan berjodol “ Perlembagaan Hak Kanak-kanak dalam islam” dan
Kebijaksanaan Islam dalam pendidikan.”
Ada halangan untuk melaksanakan
rancangantersebut, iaitu kewangan. (Untuk mengatasinya saya rasa ada dua cara:-
- Kementerian
Pelajaran hendaklah melaksanakan program ini dengan perkiraan ia akan menegankan bayaran
kepada sesiapa yang memasukinya.
- Kalau Kementerian tidak melaksanakan maka
hendaklah diserahkan program tersebut kepada syarikat-syarikat swasta yang
mempunyai keghairahan terhadap kepentingan Negara.
Saya yakin pelaksanaan
rancangan ini berfaedah dan menguntungkan dan ia bakal menyelamatkan kita dari
keburukan institusi pengajian asing.
Sebelum mengakhiri
perbincangan ini sukalah saya mengingatkan setiap ibubapa supaya tidak
memasukkan anak-anak mereka kesekolah asing yang merosakkan, yang dating
kenegara ini dengan matlamat penjajahan dan pengembangan agama Kristian.
Sekolah-sekolah demikian kebiasaannya mendapat bantuan kewangan dari
kerajaannya, dan ia bolehlah dianggap sebagai pasukan kelima.
No comments:
Post a Comment