Rasulullah SallaLlahu
‘alaihi Wasallam telah menjelaskan tugasnya dengan berkata:
“ aku diutuskan untuk
menyempurnakan budi pekerti (akhlak ) yang mulia”.
Oleh kerana akhlak amat
penting dalam kehidupan , justru itu penyair Ahmad Shauqi pernah bermadah,
katanya:
Bangsa itu dengan akhlaknya selagi tegak.
Apabila hancur akhlak
turut hancurlah mereka.
Yang peliknya pihak
sekolah kurang memberikan perhatian dalam aspek ini dan lebih menumpukan
perhatian menggalakkan muridnya menghafal apa yang terdapat dalam buku dan
:menelan” segala-gala kurikulum ilmunya.
Justru itu pihak
kelurga harus bergantung diatas kaki sendiri dalam soal ini.
Ada banyak peluang dan
kesempatan yang boleh digunakan oleh para ibubapa untuk meneyemai akhlak yang
mulia dalam jiwa anak-anak kami . Kesempatan yang baik sekali ketika semua
anggota kelurga berkumpul dimeja makan atau tempat berdiang.
Seorang sahabta pernah
menceritakan katanya: “ aku duduk bersama rasulullah saw menghadapi makanan .
Baginda melihat tanganku merayap diatas pinggan “. Kata baginda padaku “ Wahai
budak! Bacalah bismillah , makan dengan tangan kananmu dan makan apa yang
hampir dengan mu.
Hadith yang pendek ini
mengandungi intisari adab makan dan mengenepikan perasaan memementingkan
diri sendiri dan haloba . Disamping
untuk menguatkan semangat ketika menikmati berbagai nikmat kurnianya sewaktu
dimeja makan. Adan ini boleh menyingkirkan semangat kebendaan yang rakus yang
merupakan asas kepada segala keburukan.
Semasa dimeja makan
tersebut yang menghimpunkan semua naggota kelurga boleh disentuh beberapa budi
pekerti yang ringan tetapi unggul nilainya.[i]
Sementara itu
perhimpunan itu sendiri membawa pengertian kemurnian kelurga serta
kebahagiaannya.Adalah wajar bagi kita mengambil sikap sederhana semasa
menghadapi meja makan dengan menguntukkan sedikit dari makanan itu untuk orang
miskin.
Firman Allah swt
“ makan dan minumlah
tetapi jangan membazir”
Menurut para doctor
ayat tadi mengandungi seluruh kaedah perubatan . Bagi saya ia mengandungi
segala budi pekerti kerana kalau kita bersikap sederhana didalam makan minum
kita , maka akan terhapuslah kemiskinan dari dunia ini.
Sementara itu
Rasulullah sallahualaihi wasallam tidak
pernah sekali mencemuh sebarang makanan. Kiranya makanan itu digemari baginda
akan mengambilnya. Kalau tidak baginda akan membiarkannya. Suatu ketika baginda
dijemput makan makanan yang dipanggang dan yang tidak digemarinya. Baginda
tidak mendorong para jemputan lain membenci makanan itu. Mereka bertanya
“adakah haram memakan makanan itu wahai Rasulullah?’ Jawab baginda : tidak,
sekadar ia bukan makanan kaumku”.
Alangkah baik hadis ini
menjadi ingtan sewaktu kita berada dimeja makan . Menjadi kebiasaan ramai dari
kita mencela jenis makanan tertentu dan kadang-kadang makanan itu ada
dihadapannya, yang menimbulkan perasaan jijik pada orang lain yang bertentangan
dengan tatasusila.
Diantara perbualan yang
baik didengari sewaktu makan ialah cerita mengenai budi pekerti mulia khalifah
Harun Al Rashid . Suatu hari beliau menjemput Abu Ma’awiyyah (seorang buta)
untuk makan. Beliau menuangkan air basuh tangan kepada Ma’awiyah. Apabila
Maawiyah sudah membasuh tangannya maka
kata khalifah “Tahukah maawiyah siapa yang menuang air
basuh tangan kamu?” kata Maawiyah. “Amir al Mukminin yang menuangnya.
Sesungguhnya Amir al Mu’minin memuliakan ilmu dan mengagungkannya. Semoga Allah
memuliakan kamu sepertimana kamu memuliakan ilmu dan ahli –ahli ilmu.
Rasulullah SallaLlahu
alaihi Wasallam mengajar kita setelah selesai makan membaca doa yang paling
lembut dan halus iaitu:
“Puji-pujian bagi Allah
yangtelah memberi makan dan minum kepada kami dan memberi ni’mat serta
kelebihan . Puji-pujian bagi Allah yang menjadikannya enak dan menguntukkan
tempat keluarnya”.
Oh Tuhan! Berilah makan
kepada yang memberi makan dan minum kepada kami , berkatilah mereka dalam rezeki
yang kamu berikan kepada mereka , ampunilah mereka dan kasihanilah mereka.”
Sementara itu bualan ditempat
berdiang – semasa anggota keluarga meni’mati udara suam dan mempunyai
persediaan untuk menerima –maka eloklah berbentuk lebih panjang dari bualan sewaktu
makan dan tajuknya mestilah lebih menarik dengan syarat ia janganlah
disampaikan dalam bentuk nasihat dan arahan , tetapi elok dikemukakan dalam
bentuk dialog dan meyakinkan.
Walau bagaimana baik
sekalipun bualan semasa makan dan semasa ditempat berdiang ia kurang berkesan
tanpa contoh teladan yang baik. Justru itu setiap ibubapa dan anggota keluarga
yang lebih tua haruslah menjadi contoh yang baik dalam menunjukkan budi pekerti
yang mulia agar nasihat yang mereka berikan mempunyai kesan seperti yang
diharapkan.
No comments:
Post a Comment