-Apakah syariat yang
menjadi panduan dalam rumahtangga kita?
- Mungkin ada orang
yang mengatakan tentulah syariat islam yang agung.
-Tidak.
-Apakah syariat yang
diciptakan oleh manusia menjadi ikutannya?
-Tidak.
-Kita berpandukan
kepada sebuah kitab lama yang kiranya saya tahu pengarangnya saya akan mendesak
supaya ia dibicarakan. Kiatab tersebut ialah “Kitab Orang Perempuan”. Yang
tertulis didalam dada bukan dalam lembaran kertas. Ia memmpunayai pengaruh yang
tidak ada pada kitab lain. Marilah kita lihat sebahagian dari isi kandungannya.
1. Kenduri arwah
hendaklah diadakan oleh kelurga simati pada hari ketiga , kelima, keempat puluh
dan bila genap setahun kematiannya.
2. Meletak perca kain
biru dan lainnya seperti tapak tangan dan ladam kuda atau himat untuk
mengelakkan kononnya dari terkena buatan orang.
3. Tidak boleh
menziarahi orang sakit pada hari Rabu.
4. Tidak boleh membasuh
pada hari isnin kerana memepercayai kononnya Sayyidatina Fatimah Radiyallahhu’anha
ada menyebut “Sesiapa yang membasuh pada hari Isnin, cuciannya tidak bersih dan
tuannya tidak kekal”.
5.Takziah hendaklah
dilakukan tiga hari berturut2 kalau ia mula memberi takziah pada hari pertama.
6.Tidak boleh membasuh
pinggan mangkuk pada hari Sabtu kerana kononnya pinggan mangkuk mengerang
selama 40 hari.
7. Tidak boleh
menggunting baju pada hariselasa kerana hari selasa adalah hari warisan.
8.Tidak boleh membawa
masuk atau membawa keluar tembaga atau ibu roti selepas terbenam matahari.
9. Tidak boleh
mencurahkan airpanas pada waktu malam kerana takutkan jin.
10. Tidak boleh
membasuh baju yang kotor pada hari jumaat kerana menghormati malaikat.
11. Tidak boleh menuang
belerang dan lain-lain nya kerana untuk mengelakkan buatan orang.
12. Tidak boleh
mengadakan kenduri kahwin dalam bulan Safar keran bulan itu adalah sial.
13. Mestilah memakai
pakaian berwarna hitam dan diterbalikkan hamparan bila ada orang mati dirumah.
14. Tidakboleh membaca
Al quran diatas kubur . Ia telah dilarang oleh agama islam kerana kitab suci
ini diturunkan untuk orang yang hidup bukannya untuk orang yang sudah
meninggal.
“Kitab orang perempuan
“ ini tidak terbatas setakat perkara-perkara yang karut itu, malah didalamnya
terdapat berbagai jenis untuk segala jenis penyakit .Diantara kaedah
pengubatannya ialah berjumpa dengan tukang sihir dan tuakng nujum bila berlaku
sesuatu masaalah.
Berasaskan kepada
kepercayaan khurafat inilah , kita
jadikan panduan dalam rumahtangga kita. Walau bagaimana cara sekali pun , kita
hendaklah memberi kefahaman kepada wanita-wanita yang jahil dan tidak berpelajaran itu bahawa
kepercayaan-kepercayaan tersebut adalah bertentangan dengan islam dan fikiran
yang waras. Kita mengahrapkan supaya kitab ini dapat dihapuskan dan digantikan
dengan kitab Allah dan Sunnah Rasul, kerana kedua-duanya dapat membimbing
manusia berdasarkan pemikiran yang waras dan perasaan yang murni.
Semua ini memerlukan
supaya wanita (juga kaum lelaki ) meningkatkan pengetahuan mereka serta melatih
diri bersifat tegas untuk menyelamatkan keluarga dari bencana adat lapuk ini-
baik dari segi kebendaan mahupun dari segi moral (akhlak).
No comments:
Post a Comment