Satu ketika seorang
wanita dari kalangan keluarga saya menjemput saya kerumahnya dan memberitahu
saya bahawa dia telah tua dan tidak mempunyai anak. Dia mahu mewasiatkan satu
pertiga dari hartanya (iaiitu yang
dibenarkan oleh syara’) dan dia mahu saya melaksanakan wasiatnya.
Saya berkata kepadanya “Engkau mahu melaksanakan wasiat tersebut mengikut ketetapan saya?Dia menjawab .”menurut ketetapanku”. “Aku bertanya lagi.” Apa yang engkau ingin lakukan keatas wasiat ini?
”Dia menjawab.”Seperti biasa engkau membelanjakannya untuk mengkapan dan
mengkebumikan jenazahku.Kemudian mengadakan kenduri arwah setiap hari Khamis ,
hari ketiga, hari keempat puluh dan genap setahun. Kemudian didirikan khemah
diatas kubur ku dan menjemput orang membaca Al quran diatas kuburku. Menjemput
orang –orang yang terkemuka yang datang memberi ta’ziah untuk jamuan tengahari dan malam.
Pada hari-hari tersebut
, sediakanlah makanan-makanan yang enak dan kuih muih. Aku juga mahu anda
membuat tahlil setiap malam dalam jangkamasa
itu.Kemudian jangan lupa kuburku mestilah dibuat dari batu marmar yang
mahal dan dipagar dengan besi dan jangan lupa menanam sebatang pokok kurma atau
pokok lain supaya Allah akan mengampunkan dosaku. Kemudian jangan lupa membuat
fidyah sembahyang, puasa ,zakat dan hajiku yang tertinggal.”
Sebaik saja dia selesai
bercakap, saya terus berkata. “Saya tidak bersedia untuk melaksanakan wasiat
itu “ Wanita itu terperanjat dan merasa hairan dengan jawapan saya , sambil
berkata “Kenapa anda menolak permintaanku?”
Saya menjawab”kerana apa yang yang anda sebutkan itu semuanya
boros,membazir , tidak diterima oleh aqal dan bertentangan dengan agama.
Wanita itu
menengking sambil berkata “Apa yang anda
ucapkan ini . Bagaimana cara aku hendak mengeluarkan wasiat itu”. Saya
menjawab.”Kau berikan kebebsan kepadaku untuk mengendalikan wasiat itu mengikut
kehendak islam dan selaras dengan tuntutan zaman. “Wanita itu bertanya .”Bagaiman?”
Lantas saya menjawab”Saya boleh pergi kesebuah hospital yang moden dan meminta
supaya disediakan sebuah bilik dan melengkapkannya untuk pesakit miskin, atau
sya boleh mendermakan sebahgain dari wasiat ini untuk membantu anak-anak yatim
yang masih kecil atau saya boleh memberi sumbangan untuk mendidrikan sebauh
sekolah didaerah atau dikampung yang belum mempunyainya.
“Boleh juga digunakan
untuk membantu meluaskan masjid yang sudah tidak dapat menampung Jemaah yang
bersembahyang . Bahkan ini lebih baik daripada membina sebuah masjid baru yang
berhampiran dengannya dengan tujuan untuk bersaing dan memecah belahkan
masyarakat islam setempat.
Juga boleh digunakan
untuk membeli sebuah kedai untuk diwakafkan kepada masjid atau untuk sekolah
menengah supaya pendapatannya dapat dibelanjakan kepada pelajar yang
memerlukannya. Pihak tentera juga perlu diperuntukkan sebahagian besar dari
wasiat ini selagi mereka mempertahankan dan melindungi kebebasan, kemerdekaan,
kehormatan serta kekayaan kita.”
Sebenarnya orang orang Arab
tidak memberi perhatian yang berat terhadap para tentera . Mereka jarang
mengingati dan berfikir untuk membantu mereka ini dan inilah rahsia kelemahan
mereka . Walau bagaimana pun gejala ini makin berkurangan kerana terdapatnya
kesedaran yang meningkat kini.
Saya berkata lagi
kepadanya : “ anda boleh lakukan lebih baik dari itu iaitu dengan melaksanakan
sendiri wasiat itu semasa anda masih hidup dan kuat , kerana ia adalah lebih
baik disisi Allah.”
Selesai perbincangan
itu, saya mengajak saudara pembaca sekelian menoleh keadaan disekeliling kita.
Disana kita akan dapati banyak waqaf-waqaf yang penting untuk kebaikan dan
kebajikan yang telah diwaqafkan oleh datuk nenek kita dahulu untuk mendirikan
sekolah , hospital , rumah-rumah ibadah dan kepada para pelajar. Terdapat juga
orang yang berharta membiyai sebuah pasukan tentera dengan hartanya dan turut
sama memperlengkapkannya. Justru itu kenapa kita hari ini setelah diberikan
rezeki yang melimpah ruah, menghabis dan membazirkan harta tersebutdalam perkara-perkarayang
tidak berfaedah?
Kenapakah kita mahu
bersifat pemurah selepasa kita mati dan sebelumnya?
Dalam hubungan ini ,
sebuah akhbar Mesir ada melapurkan:
“Wasiat yang
ditinggalkan oleh salah seorang permaisuri di Eropah yang meninggal dunia
beberapa tahun lepasa adalah amat ganjil dan ia juga menghairankan orang-orang
Barat yang menganggarkan harta peninggalannnya adalah diantara tiga hingga lima
juta sterling, tetapi ternyata ia hanya
tinggal emapat ratus ribu sterling sahaja . Ini ialah kerana bantuan kewangan
dianggrkan nsebanyak dua million sterling
yang diberikan oleh permaisuri itu kepada badan-badan kebajikan semasa
hayatnya.”
No comments:
Post a Comment