by catatan rawi
Pengorbanan Tidak Ternilai.
—Seorang sufi yang mulia bernama Iyas bin Muawiyah. Pada suatu hari beliau menangis dengan benar-benar tangisan kerana kematian ibunya.
Seorang pemuda menghampiri dan bertanya kepadanya:
"Mengapa engkau menangis sedemikian rupa" ?
Maka beliau menjawab:" Tidaklah aku menangis kerana kematian ini, kerana aku ketahui setiap yang hidup pasti menemui kematiankan."
Sambung beliau: "Perkara yang telah menyebabkan aku menangis, kerana dahulu aku mempungai dua buah pintu menuju ke syurga, namun kini, tertutuplah satu pintu tersebut sehingga kiamat. Oleh yang demikian aku memohon pada اللّٰه سُبْحَانَهُ وَ تَعَالَى agar aku menjaga pintu syurga yang kedua ini dengan baik.."
Ibubapa adalah umpama dua pintu menuju syurga, yang kita dapat menikmati harum wangiannya setiap pagi dan petang.Nabi صلى الله عليه وسلم bersabda:
الوالد أوسط أبواب الجنة فأضع ذلك الباب أو احففظه
"Orang tua adalah pintu syurga yang paling tengah, maka jangan kamu mengsia-siakan pintu itu atau jagalah ia" (Riwayat Tirmizi)
"Orang tua adalah pintu syurga yang paling tengah, maka jangan kamu mengsia-siakan pintu itu atau jagalah ia" (Riwayat Tirmizi)
— Dalam Kisah Yang Lain.
Daripada Abi Burdah, ia melihat Ibnu Umar dan seorang pemuda penduduk Yaman yang sedang tawaf di sekitar Kabah sambil menggendong ibunya di belakangnya. Pemuda itu berbicara sendirian,
إِنِّي لَهَا بَعِيْرُهَا الْمُـذِلَّلُ – إِنْ أُذْعِرْتُ رِكَابُهَا لَمْ أُذْعَرُ
Sesungguhnya aku ini tunggangan yang sangat patuh..
Sesungguhnya aku ini tunggangan yang sangat patuh..
Walaupun tunggangan yang lain lari, maka aku tidak akan lari.
ثُمَّ قَالَ : ياَ ابْنَ عُمَرَ أَتَرَانِى جَزَيْتُهَا ؟ قَالَ : لاَ وَلاَ بِزَفْرَةٍ وَاحِدَةٍ، ثُمَّ طَافَ ابْنُ عُمَرَ فَأَتَى الْمَقَامَ فَصَلَّى رَكْعَتَيْنِ ثُمَّ قَالَ : يَا بْنَ أَبِى مُوْسَى إِنَّ كُلَّ رَكْعَتَيْنِ تُكَفِّرَانِ مَا أَمَامَهُمَا

Kemudian ia bertanya, “Wahai Ibnu Umar apakah aku telah membalas budi dan jasa ibuku?”
Lalu Ibnu Umar menjawab, “Belum..! Walaupun engkau menggendongnya dari tempat asalmu kemudian engkau tawaf di Kabah, sesungguhnya walau satu tarikan nafas yang ia keluarkan, ketika melahirkanmu masih belum menyamainya.”
(Dikeluarkan oleh Bukhari dalam Adabul Mufrod no. 11, sahih secara sanad)
(Dikeluarkan oleh Bukhari dalam Adabul Mufrod no. 11, sahih secara sanad)
— 12 Kelebihan Yang dimiliki oleh ibubapa:
1. Keredhaan اللّٰه terletak pada keredhaan ibubapa.
2. Penderhakaan kepada ibubapa termasuk dosa-dosa besar.
3. Ibu lebih utama berbanding bapa.
4. Kepentingan menggembirakan ibubapa.
5. Wajib meminta keizinan ibubapa sekalipun dalam urusan Agama.
6. Anak-anak yang tidak mengasihi ibubapa dipandang hina.
7. Tidak boleh membenci dan memutuskan hubungan dengan ibubapa.
8. Doa ibubapa mudah dimakbulkan.
9. Anak yang berbuat baik kepada ibubapanya memiliki darjat yang istimewa.
10. Doa seseorang anak yang taat dan mengasihi ibubaoa akan dimakbulkan.
11. Ibubapa memiliki hak terhadap sebahagian harta anak-anak.
12. Ibubapa memiliki hak dalam pemilihan pasangan hidup anak-anak.
No comments:
Post a Comment