Thursday, March 24, 2016

5 PERINGATAN KEPADA INGATAN

بسم الله الرحمن الرحيم Assalaamu Alaykum Wa Rahmatullaahi Wa Barakaatuh اللهم صل على محمد وآل محمد



.
Syeikh Fudhail Bin Iyad.
Ⅰ— Apabila kamu ditimpa musibah, maka sedarkan kepada dirimu sendiri: "Ini adalah takdir اللّٰه yang harus aku terima."
Ⅱ— Peliharalah lidahmu, agar manusia terlepas dari genggamanmu. Engkau terhindar dari perbuatan yang menyakitkan hati orang lain, dan terlepas pula dari siksa Tuhanmu.
Ⅲ— Apapun rezeki yang diberikan اللّٰه kepadamu, terimalah dengan perasaan syukur, redha dan beriman.
Ⅳ— Selalu mengingati kematian, sehingga saat engkau menghembuskan nafas yang terakhir. Hendaknya sentiasa berada dalam keadaan tidak lalai dan telah siap bersedia sepenuhnya.
Ⅴ— Sentiasa mengingati kepada اللّٰه di mana sahaja engkau berada, agar engkau tidak terjerumus ke dalam lembah kealpaan dan kesesatan dunia yang nyata dan menemui syurga yang ghaib.
(Nasihat Syeikh Fudhail Bin Iyad)
Seandainya hati itu sejernih air, usah biarkan ia keruh.
Jika hati seputih awan, jangan biarkan ia mendung.
Jika hati seindah bulan...Hiasi ia dengan iman dan taqwa."
Akan ada suatu saat untuk engkau hadapi. Walaupun waktu itu engkau yang BENAR, ada sebab di mana engkau harus MENGALAH, kerana ia pasti jadi kemudharatan yang lebih besar.
Walaupun saat itu bukan engkau yang bersalah, tetapi meminta MAAF akan lebih baik daripada terus dalam PERTENGKARAN dan PERMUSUHAN dan mengalah bukan erti kalah.
Di sisi اللّٰه akan beroleh dua kebaikan.
Ⅰ— Kebaikan kerana kita BENAR.
Ⅱ— Kebaikan kerana kita menjalinkan dan menjaga SILATURAHIM.

No comments: