Sunday, March 27, 2016

Siapa reka kamera ekkkk....

بسم الله الرحمن الرحيم Assalaamu Alaykum Wa Rahmatullaahi Wa Barakaatuh اللهم صل على محمد وآل محمد


Selfie tu selfie lah jugak -tetapi nak kena tengok juga jasa orang yang membolehkan anda selfie tu...




Rekaan kamera asalnya dicipta oleh seorang ilmuwan Islam bernama Ibnu Al-Haitham pada abad ke-10 Masihi.
Semuanya bermula pada suatu hari, apabila beliau perasan ada satu cahaya memasuki biliknya menerusi sebuah lubang kecil. Cahaya itu jatuh tepat ke dinding bertentangan dengan memantulkan objek berbentuk semi-nyata matahari kerana ketika itu sedang berlaku gerhana matahari.
Melalui pemerhatian itu, Ibnu Al-Haitham mendapati objek terbentuk dalam keadaan terbalik. ini kerana cahaya sebenarnya bergerak lurus menyebabkan ia bersilang ketika melalui lubang kecil sebelum memantulkan objek pada permukaan rata. Dia turut merumuskan bahawa semakin kecil lubang, semakin jelas imej yang dipamerkan.
Sebenarnya, perkataan kamera itu sendiri datang daripada bahasa Arab iaitu Qamara yang bermaksud bilik. Manakala perkataan Obscura pula daripada bahasa latin yang bermaksud gelap.
Kamera Obscura pertama adalah sebuah bilik dengan lubang kecil disatu sisi. Cahaya dari luar akan melalui lubang dan memantulkan imej terbalik pada permukaan dinding bertentangan.
sumber -ezlikopia

No comments: