By Ustazah Maznah Daud
Saya terbaca satu kisah menarik yang penuh dengan pengajaran di dalam bab redha, kitab Minhajul Qasidin karangan Imam Syaeikh Ahmad bin Abdul Rahman bin Qudamah rahimahullah.
Sa'eid bin Musayyab menceritakan bahawa pada suatu hari Luqman berkata kepada puteranya: "Wahai anakku, apa saja yang menimpa dirimu, sama ada engkau suka atau tidak suka, hendaklah engkau sematkan di dalam hatimu bahawa ianya baik untukmu."
Puteranya menjawab: "Hal ini saya tidak dapat janjikan tanpa saya mengetahui apa yang ayah katakan itu betul seperti itu."
Luqman menjawab: "Wahai anakku, sesungguhnya Allah telah mengutuskan seorang Nabi. Ayuh kita bertemu dengannya. Sesungguhnya beliau boleh menjelaskan apa yang aku katakan itu."
Anaknya menyahut: "Ayuh kita pergi menemuinya bersama-sama!"

Lalu kedua beranak itu keluar dengan menaiki himar masing-masing. Mereka juga membawa bekalan makanan dan minuman yang sepatutnya untuk sampai ke tempat yang dituju. Selepas beberapa hari dan beberapa malam berjalan, mereka berdepan dengan satu laluan yang sukar, padang pasir yang luas saujana. Berbekalkan semangat dan kekuatan yang ada kedua beranak itu terus berjalan meredah padang pasir yang luas itu sehingga matahari meninggi dan kepanasan hampir tak tertahan lagi. Bekalan air dan makanan yang dibawa sudah tiada lagi. Himar yang ditunggangi melangkah perlahan bagaikan tidak berupaya mengangkat kaki di tengah padang pasir yang terik membahang. Melihat himar yang kepenatan, Luqman dan puteranya turun dari himar masing-masing dan berjalan kaki. Dalam keadaan demikian tiba-tiba Luqman terpandang jauh di hadapan sesuatu yang hitam dan asap berkepul-kepul. Dia menelah bahawa yang hitam itu pokok-pokok dan asap itu menandakan ada bandar dan manusia yang menghuninya.
Ketika kedua-duanya sedang melihat dan mengagak-agak tentang apa yang mereka pandang di kejauhan sana, tiba-tiba putera Luqman terpijak tulang yang tajam. Tulang itu mencucuk tapak kaki dan menembus sampai ke atas kura-kura kaki. Dia jatuh pengsan. Luqman terkejut bukan kepalang. Dengan pantas dia memeluk puteranya dan menarik tulang keluar dari kaki puteranya dengan gigi. Dia mengoyak serban yang melilit kepalanya lalu dibalut kaki puteranya. Dia menatap wajah puteranya yang pucat. Tanpa disedarinya air matanya meleleh lalu menitis di atas pipi puteranya.
Air mata kasih seorang ayah yang menitis di atas pipi, membuatkan sang putera tersedar dari pengsannya. Dia membuka mata dan merenung tepat ke wajah ayah. Dia hairan melihat ayahnya menangis. Dia bertanya: "Kenapa ayah menangis? Bukankah ayah telah berkata bahawa ini baik untukku? Kenapa sekarang ayah menangis? Memang makanan dan minuman telah habis. Namun ayah dan saya masih hidup dan berada di sini!"
Luqman menjawab: "Wahai anakku, aku adalah seorang ayah yang hatinya sangat tersentuh apabila anaknya ditimpa musibah. Sebagai ayah, kalau boleh aku mahu menjadikan semua yang aku miliki di dunia ini sebagai tebusan untuk menyelamatkanmu. Dan apa yang menimpamu tadi memang itulah yang baik untukmu kerana mungkin dengan itu Allah mahu elakkanmu dari musibah yang lebih besar dan apa yang menimpamu itu lebih ringan daripada apa yang dielakkan dari menimpamu."

Dalam keadaan kedua-duanya berbicara tentang apa yang menimpa puteranya itu, Luqman menoleh ke arah pemandangan yang dilihatnya tadi. Hairannya, semuanya telah tiada. Yang kelihatan hanya langit yang cerah tidak berawan. Dia berbisik di dalam hati, tadi aku benar-benar nampak sesuatu, tapi sekarang tidak kelihatan lagi. Mungkin Allah telah melakukan sesuatu? Dalam dia terfikir-fikir mencari jawapan, tiba-tiba dia ternampak kelibat seseorang berpakaian putih menunggang kuda berbelang putih dan hitam menuju ke arahnya, pantas meredah angin. Dia memandang tepat ke arah individu itu sehingga dia benar-benar hampir dengan tempat Luqman. Namun, sepantas kilat individu itu menghilang. Kemudian Luqman terdengar suara memanggil namanya:
"Adakah awak Luqman?"
"Ya, saya Luqman?"
"Apakah yang dikatakan oleh anakmu yang tidak mengerti ini kepadamu?"
"Wahai hamba Allah, siapakah engkau? Aku tidak pernah melihat wajahmu dan tidak pernah mendengar suaramu!"
"Aku adalah Jibril. Tidak ada siapa yang boleh melihatku kecuali malaikat yang hampir dengan Allah atau Nabi yang diutus. Apakah yang dikatakan oleh anakmu yang tidak mengerti itu kepadamu?"
"Bukankah engkau telah mengetahuinya?"
"Aku tidak tahu sedikitpun tentang hal kamu berdua. Aku cuma dihantar ke mari untuk menjaga kamu berdua. Sesungguhnya Tuhanku telah memerintahkan supaya ditenggelamkan bandar itu serta penduduknya dan kawasan sekitarnya. Mereka memberitahuku bahawa engkau berdua sedang berjalan menuju ke bandar itu. Aku berdoa kepada Tuhanku supaya menghalangmu dengan cara yang Dia kehendaki. Maka Dia telah menahanmu dengan musibah yang menimpa anakmu. Jika tidak, tentulah engkau berdua akan turut tenggelam bersama bandar itu serta penghuninya."

Lalu Jibril mengusap kaki putera Luqman dengan tangannya, lantas dia terus dapat berdiri tegak. Disentuhnya bekas makanan dan minuman, lalu kedua-duanya penuh dengan makanan dan minuman. Kemudian Jibril menerbangkan mereka berdua serta himar keduanya seperti burung, membawa mereka kembali ke tempat asal mereka.
No comments:
Post a Comment