بسم الله الرحمن الرحيم
Assalaamu Alaykum Wa Rahmatullaahi Wa Barakaatuh
اللهم صل على محمد وآل محمد
Datuk maznah hamid
KISAH DIHUJUNG MINGGU
Alkisah ada seorang Raja yang memiliki 10 ekor anjing ganas yang digunakan untuk menghukum pesalah.
Jika Raja tidak berkenan maka orang yang salah akan dihumban ke kandang anjing berkenaan.
Suatu hari seorang Menteri membuat keputusan salah, lalu murkalah Raja. Maka diperintahkan agar Menteri berkenaan dimasukkan ke kandang anjing.
Menteri merayu: "Tuanku, saya telah mengabdi padamu selama 10 tahun, tapi Tuanku tegas menghukumku begini. Atas pengabdianku selama ini saya hanya minta waktu penundaan hukuman selama 10 hari saja".
Raja menunaikan rayuan. Menteri bergegas ke kandang anjing & meminta izin kepada penjaga untuk mengurus anjing-anjingnya.
Ketika ditanya untuk apa? Dijawab: "Setelah 10 hari nanti engkau akan tahu''.
Selama 10 hari itu Menteri memelihara, mendekati, memberi makan bahkan akhirnya memandikan anjing-anjing tersebut sehingga menjadi jinak padanya.
Tibalah waktu pelaksanaan hukuman. Menteri dimasukkan ke kandang anjing, tetapi Raja heran melihat anjing-anjing tersebut begitu jinak padanya.
Raja pun bertanya apa yang telah dilakukan Menteri pada anjing-anjing yang garang itu.
Menteri menjawab: "Saya telah mengabdi pada anjing-anjing ini selama 10 hari & mereka tidak melupakan jasaku.
Raja sangat terharu, lalu dibebaskanlah Menteri dari hukuman & dimaafkan.
Sahabatku,
Kita jangan mudah melupakan kebaikan-kebaikan yang kita terima dari orang terdekat hanya kerana sedikit perselisahan faham.
Jangan mudah menghapuskan kenangan yang telah terukir dan persahabatan yang telah terjalin bertahun lamanya hanya kerana hal kecil yang kurang kita sukai darinya saat ini.
Jagalah persahabatan yang ada dengan baik kerana menjaga persahabatan itu jauh lebih sukar dari mendapatkannya..
Doa di hujung minggu ini untuk sahabat semua…
No comments:
Post a Comment