Friday, May 19, 2017

Akhlak para ulama

بسم الله الرحمن الرحيم Assalaamu Alaykum Wa Rahmatullaahi Wa Barakaatuh اللهم صل على محمد وآل محمد


Akhlak para ulama'

Dikisahkan Almarhum Syeikh Abd Fattah Abu Ghuddah rahimahullah (wafat 1417 H) pernah dipenjarakan pada tahun 1966 di Syria.

Selepas beliau dibebaskan, salah seorang pegawai kerajaan yang pernah menghasut regim pemerintah supaya Syeikh Abd Fattah ditangkap pun mendatanginya untuk meminta maaf.

Pada mulanya lelaki itu takut sekiranya Syeikh akan berdendam atau marah kepadanya tetapi setelah diberitahu oleh orang lain tentang kehadiran lelaki tersebut, maka Syeikh Abd Fattah pun membalas;

نحن نعامل الناس بأخلاقنا لا بأخلاقهم
Kami berurusan dengan manusia berdasarkan akhlak kami bukanlah dengan berdasarkan akhlak mereka.

Maksudnya, biarlah orang berbuat jahat kepada kita tetapi kita akan tetap melayani manusia dengan akhlak kita yang baik di sebalik sikap dan akhlak mereka yang buruk!

Demikianlah akhlak para ulama!

No comments: