Sunday, June 11, 2017

PUASA ITU LEBIH BAIK JIKA KAMU MENGETAHUI NYA.

بسم الله الرحمن الرحيم Assalaamu Alaykum Wa Rahmatullaahi Wa Barakaatuh اللهم صل على محمد وآل محمد


Image result for ramadan 2017

Allah Ta’ala berfirman :
وَأَنْ تَصُومُوا خَيْرٌ لَكُمْ ۖ إِنْ كُنْتُمْ تَعْلَمُونَ
“Dan kalau kalian puasa, itu lebih baik bagi kalian kalau kalian mengetahuinya” [Al-Baqarah : 184]
Apa yang istimewanya berpuasa antaranya ialah:
1. Orang berpuasa boleh masuk syurga iaitu melalui pintu syurga bernama Rayyan.
Dari Sahl bin Sa’ad Radhiyallahu ‘anhu, dari Nabi Shallallahu ‘alaihi wa sallam (bahwa beliau) bersabda.
إِنَّ فِي الْجَنَّةِ بَابًا يُقَالُ لَهُ الرَّيَّانُ يَدْخُلُ مِنْهُ الصَّائِمُونَ يَوْمَ الْقِيَامَةِ لَا يَدْخُلُ مِنْهُ أَحَدٌ غَيْرُهُمْ يُقَالُ أَيْنَ الصَّائِمُونَ فَيَقُومُونَ لَا يَدْخُلُ مِنْهُ أَحَدٌ غَيْرُهُمْ فَإِذَا دَخَلُوا أُغْلِقَ فَلَمْ يَدْخُلْ مِنْهُ أَحَدٌ = فَإِذَا دَخَلَ آخِرُهُمْ أُغْلِقُ، وَمَنْ دَخَلَ شَرِبَ، وَمَنْ شِرِبَ لَمْ يَظْمَأْ أَبَدًا
“Sesungguhnya dalam syurga ada satu pintu yang disebut dengan Rayyan, orang-orang yang puasa akan masuk di hari kiamat nanti dari pintu tersebut, tidak ada orang selain mereka yang memasukinya. Jika telah masuk orang terakhir yang puasa ditutuplah pintu tersebut. Barangsiapa yang masuk akan minum, dan barangsiapa yang minum tidak akan merasa haus untuk selamanya” [Hadits Riwayat Bukhari 4/95, Muslim 1152]
2. Berpuasa menjadi perisai :
a) Syawat
b) Neraka
3. Orang berpuasa mempunyai 2 kegembiraan :
a) Ketika bertemu Allah
b) Ketika berbuka puasa
4. Bau mulut orang berpuasa lebih wangi dari bau kasturi.
5. Pahala orang berpuasa tidak terbatas.
Di dalam riwayat Muslim.
كُلُّ عَمَلِ ابْنِ آدَمَ يُضَاعَفُ الْحَسَنَةُ عَشْرُ أَمْثَالِهَا إِلَى سَبْعمِائَة ضِعْفٍ قَالَ اللَّهُ عَزَّ وَجَلَّ إِلَّا الصَّوْمَ فَإِنَّهُ لِي وَأَنَا أَجْزِي بِهِ يَدَعُ شَهْوَتَهُ وَطَعَامَهُ مِنْ أَجْلِي لِلصَّائِمِ فَرْحَتَانِ فَرْحَةٌ عِنْدَ فِطْرِهِ وَفَرْحَةٌ عِنْدَ لِقَاءِ رَبِّهِ وَلَخُلُوفُ فِيهِ أَطْيَبُ عِنْدَ اللَّهِ مِنْ رِيحِ الْمِسْكِ
“Semua amalan bani Adam akan dilipatgandakan, kebaikan dibalas dengan sepuluh kali lipat yang semisal dengannya, sampai tujuh ratus kali lipat. Allah Ta’ala berfirman : “Kecuali puasa, kerana puasa itu untuk-Ku dan Aku yang akan membalasnya, dia (bani Adam) meninggalkan syahwatnya dan makanannya kerana Aku” Bagi orang yang puasa ada dua kegembiraan ; gembira ketika berbuka dan gembira ketika bertemu Rabbnya. Sungguh bau mulut orang yang puasa di sisi Allah adalah lebih wangi daripada bau Misk (kasturi)”
6. Bulan Ramadhan dibukakan pintu Syurga dan ditutupkan pintu neraka dan syaitan-syaitan dibelenggu.
Nabi shallallahu ‘alaihi wa sallam bersabda,
إِذَا جَاءَ رَمَضَانُ فُتِّحَتْ أَبْوَابُ الْجَنَّةِ، وَغُلِّقَتْ أَبْوَابُ النَّارِ، وَصُفِّدَتِ الشَّيَاطِينُ
“Jika bulan Ramadhan tiba, maka dibukalah pintu-pintu syurga, ditutuplah pintu-pintu neraka, dan syaitan-syaitan dibelenggu” [HR. Bukhari no. 1898, 1899 dan Muslim no. 1079]
Puasa bukannya beban tetapi memberi kita peluang-peluang untuk meraihkan semaksimum mungkin ganjaran pahala dan memberi kita masa untuk melatih diri kita untuk menjadi lebih baik daripada sebelum ini. Jika kita mampu melatih diri kita dari bercakap yang sia-sia dan memperbanyakkan amal ibadat dalam masa sebulan berpuasa, tidak mustahil kita boleh terus beristiqamah dalam meneruskan apa yang telah kita lakukan walaupun bukan di dalam bulan Ramadhan. Tidak mustahil kita akan menjadi lebih baik dan lebih baik dari sebelum ini kerana latihan berpuasa selama sebulan kerana taufik dan hidayah itu milik Allah.
Allah Subhanahu wa Ta’ala berfirman :
إِنَّكَ لَا تَهْدِي مَنْ أَحْبَبْتَ وَلَٰكِنَّ اللَّهَ يَهْدِي مَن يَشَاءُ ۚ وَهُوَ أَعْلَمُ بِالْمُهْتَدِينَ ٨:٥٦
“Sesungguhnya engkau (Muhammad) tidak akan dapat memberi hidayah (petunjuk) kepada orang yang kamu kasihi, tetapi Allah memberi hidayah kepada orang yang Dia kehendaki, dan Allah lebih mengetahui orang-orang yang mau menerima petunjuk”. [Al Qashash/28 : 56]
Luasnya rahmat Allah kepada hamba-hamba-Nya. Jangan jadi baik dalam bulan Ramadhan sahaja namun teruskan menjadi baik dan semakin baik.
### Jangan lupa doakan untuk kami juga supaya terus beristiqamah dalam menyebarkan dakwah dan dipermudahkan urusan dakwah dunia dan akhirat terutama kepada Dr Rozaimi dan diberikan kesihatan yang baik. Jika tak sihat macam mana nak berdakwah dan bagi kuliah...kaaan###
Wallahua'lam.
#admin Page Dr Ustaz Rozaimi Ramle - Hadith

No comments: