Thursday, March 7, 2019

Redho Allah yg utama

بسم الله الرحمن الرحيم Assalaamu Alaykum Wa Rahmatullaahi Wa Barakaatuh اللهم صل على محمد وآل محمد



SAHABAT SEMUA, FAHAMILAH INI.
Mereka yang sayang akan pandang kita sebagai seorang yang istimewa,
Mereka yang suka akan pandang kita sebagai seorang yang baik,
Mereka yang benci akan pandang kita sebagai seorang yang jahat,
Mereka yang iri hati akan pandang kita sebagai seorang yang menjengkelkan,
(Hukama')
Manusia akan pandang kita mengikut kemahuan mereka, bukan mengikut keinginan kita. Maka bukan kerja dan tujuan hidup kita untuk mencari redha manusia. Kerana siapapun kita dimata manusia tiada nilai tambah atau nilai susut.
Manusia yang hidupnya mencari Redha Allah takkan naik dek pujian dan takkan jatuh dek cacian. Belajarlah didik hati untuk dipandang oleh Allah. Kenalilah Dia sebagai Allah ya Syakur, Yang Maha Menghargai. Dialah yang paling menghargai kita Dunia dan Akhirat.

Muhasabah diri. Silakan share.
Asma' binti Harun
28.09.2018🍀

No comments: