Wednesday, May 13, 2020

APAKAH PERBEZAAN ANTARA MAGHFIRAH ‎(مغفرة) ‏DAN ‎'AFUWW ‎

(عفو)? Maghfirah : adalah untuk ALLAH memaafkan kamu atas dosa yang dilakukan, tetapi dosa itu masih didaftarkan pada kitab (buku catatan amal) kamu. Maghfirah adalah pengampunan ALLAH atas dosa kamu tetapi pada Hari Penghakiman itu akan dituliskan pada catatan kamu, ALLAH akan bertanya kepadamu tetapi Dia tidak akan menghukum kamu kerana itu. 'Afuww : adalah untuk ALLAH memaafkan kamu atas dosa dan menghapusnya dari kitab kamu seolah-olah dosa itu tidak pernah dilakukan. 'Afuww adalah pengampunan ALLAH atas dosa kamu, ia akan dihapuskan sepenuhnya dari rekod kamu dan ALLAH tidak akan bertanya kepadamu tentangnya pada Hari Penghakiman. Wallahu A'lam.

Inilah sebabnya mengapa Baginda Rasulullah Sallallahu Alaihi Wasallam bersabda yang maksudnya, "ini adalah Do'a terbaik untuk dimohon pada Lailatul Qadr." "Allahumma innaka 'afuwwun tuhibbul 'afwa fa'fu 'anni"

اللَّهُمَّ إِنَّكَ عَفُوٌّ تُحِبُّ الْعَفْوَ فَاعْفُ عَنِّي (H.R Ahmad, Ibn Majah, dan Tirmizi) "Ya ALLAH, Engkaulah Yang Maha Pengampun, dan Engkau suka memaafkan, maka ampunilah aku." Oleh itu pastikan kita membaca doa ini sepanjang masa dan seberapa banyak yang kita boleh. Jadikan ia satu rutin harian kita terutama dibulan Ramadhan yang mulia ini.

Wallahu A'lam.

No comments: