Monday, May 18, 2020

TUKANG MANDI JENAZAH BELUM MANDI JUNUB



SOALAN :

Adakah diharuskan disisi agama jika berlaku kematian maka jenazahnya dimandikan olih orang yang sedang junub?

JAWAPAN :

Orang yang sedang dalam hadas janabah harus dia mandikan mayat kerana bahawasanya orang yang beriman itu tidak najis sama sekali dengan sebab janabah dan begitu juga harus perempuan yang sedang haidh memandikan jenazah.

Telah diriwayatkan dari Abu Hurairah r.a. :

أَنَّهُ لَقِيَهُ النبي صلى الله عليه وآله وسلم فِي طَرِيقٍ مِنْ طُرُقِ الْمَدِينَةِ وَهُوَ جُنُبٌ، فَانْسَلَّ، فَذَهَبَ فَاغْتَسَلَ، فَتَفَقَّدَهُ النبي صلى الله عليه وآله وسلم، فَلَمَّا جَاءَهُ قَالَ: «أَيْنَ كُنْتَ يَا أَبَا هُرَيْرَةَ؟» قَالَ: يَا رَسُولَ اللهِ، لَقِيتَنِي وَأَنَا جُنُبٌ، فَكَرِهْتُ أَنْ أُجَالِسَكَ حَتَّى أَغْتَسِلَ. فَقَالَ رَسُولُ اللهِ صلى الله عليه وآله وسلم: «سُبْحَانَ اللهِ! إِنَّ الْمُؤْمِنَ لَا يَنْجُسُ

Artinya : “Sungguhnya pernah dala satu kejadian beliau telah terserempak dengan Nabi saw pada sebuah lorong dari beberapa lorong di Kota Madinah sedangkan beliau pada ketika itu sedang junub. Lalu Abu Hurairah pun melarikan diri yaitu dia balik ke rumah dan mandi hadas.
Ketika Nabi saw bertemu semula dengan Abu Hurairah lalu Nabi saw bertanya : Dimanakah kamu berada tadi wahai Abu Hurairah?
Jawab beliau : Ketika aku bertemu tuan tadi aku sedang junub maka aku tidak suka duduk pada masjlis tuan sehinggalah aku balik dan bersuci. Maka baginda pun menjawab :
Subhanallah sungguhnya orang mukmin itu tiada najis ia.” (Hadith Imam Muslim)

Berkata Syeikh Ramli :

وَيُغَسِّلُ الْجُنُبُ وَالْحَائِضُ الْمَيِّتَ بِلَا كَرَاهَةٍ) لِأَنَّهُمَا طَاهِرَانِ، فَكَانَا كَغَيْرِهِمَا

Artinya : “Dan orang yang junub dan perempuan yang haidh itu bolih memandikan mayat tanpa makruh kerana keduanya itu adalah suci maka jadilah keduanya seperti orang lain.” (Nihayatul Muhtaj)

Kesimpulan

Orang yang sedang berada dalam hadas yang besar seperti junub atau haidh atau nifas harus memandikan jenazah sama seperti orang yang suci dari hadas.

wallahua’lam

Kredit ustaz azhar idrus

No comments: