Sunday, May 10, 2020

Ustazah pesan kepada para srikandi ummah tercinta.


1. Wanita sebelum berwudhu' kena bersuci dulu sebab wanita ni ada 3 air iaitu air mani, air mazi berlaku ketika teransang dan air wadi/keputihan berlaku ketika kepenatan atau mengangkat objek berat. Ramai wanita yang tak sah solat sebab tak membersihkannya terlebih dahulu sebelum Solat. Takut di akhirat nanti solat kita 0 disisi Allah.
2. Wanita apabila diuji dengan ujian suami, anak, adik beradik dan lain-lain dan dia bersabar malaikat akan mencatat pahala sabar baginya.
{Salamun 'alaikum bima sobartum}
3. Wanita bersihkan mekap bersih-bersih sebelum berwudhu' pastikan bedak @ foundation betul-betul hilang dari kulit muka. Lepas wudhu' ambil tisu kesat di muka nak pastikan tiada kesan yang tinggal.
4. Baca doa selepas berwudhu' akan dibuka 8 pintu Syurga dan kita diberi peluang untuk masuk dari mana-mana 8 pintu Syurga.

5. Cuba jaga aurat betul-betul dengan sempurna ketika hendak keluar rumah. 8 jam dicatat pahala atau 8 jam dicatat dosa.? Kita pilih yang mana. Tutup aurat sebelum tibanya kematian yang hanya nampak muka sahaja. ✅JAGA AURAT
✅JAGA SOLAT
✅JAGA PERGAULAN
✅JAGA WUDHU' Ustazah Asma Harun
💗💗💗 @ Marang, Terengganu, Malaysia

No comments: