Tuesday, January 26, 2021

Pesan ustaz


Ustaz kata, kalau ada bilik kosong, seperti bilik anak kita yang tinggal di asrama, selalulah solat sunat di dalamnya dan baca surah Jin ayat 10, atau tampalkan di dinding bilik, itu perjanjian jin dengan Rasulullah.

Makhluk halus ini juga suka kepada emas, sebab itu jangan simpan emas kata ustaz, tetapi seeloknya dipakai. Emas sebenarnya menyokong tenaga terutama bagi wanita ketika uzur dan ia mampu merawat sistem badan.

Wuduk juga merawat sistem badan. Darah kita tidak sampai hujung anggota seperti jari, sebab itu kadang-kadang berasa kebas. Bila kita basuh tangan dengan menyelati celah-celah jari, darah dapat dialirkan hingga ke hujung jari tersebut.

Sebelum keluar rumah, ustaz bagi tips baca Basmallah 7 kali, al-Fatihah dan Ayat Kursi. Jika bacaan tersangkut-sangkut, jangan keluar rumah lagi. Bila balik, bagi salam dengan betul dan salin kesemua pakaian yang dipakai, jangan diulang pakai sebelum dibasuh. Ustaz juga kata, sebaiknya sediakan pakaian khas untuk solat.

Bila kita ada masalah, ustaz kata ambil Quran dan doa minta petunjuk dari Allah, lalu bukalah al-Quran. InsyaaAllah Dia akan tunjuk penyelesaian kepada masalah tersebut.

Ustaz ada sebut di awal rancangan tentang doa Rihul Ahmar sebagai pelindung dari pelbagai penyakit berat.

Kesimpulannya, ustaz kata baca surah al-Baqarah sekurang-kurangnya sebulan sekali. Boleh diswastakan kepada pelajar-pelajar tahfiz tetapi sebaiknya dibaca sendiri, kalau tak reti, pi la belajaq, kata ustaz. #resepisedap

Kehidupan kita akan lebih baik bilamana :

1. Bangun daripada tidur sebelum subuh dan sempat menunaikan solat sunat tahajjud walaupun cuma 2 rakaat.

2. Tunaikan solat sunat sebelum (qabliyyah) subuh kerana ianya lebih baik daripada dunia dan seisinya.

3. Baca Al Quran walaupun cuma 1 muka surat. Tetapi, semakin banyak dibaca, semakin banyak bahagia yang akan dipertemukan. Maka memilihlah.

4. Sedekah walaupun cuma RM 1. Sedikit di pandangan kita, tetapi tidak di sisi Allah.

5. Tidak tidur selepas subuh.

6. Tiada iri hati melihat orang lain.

7. Mendoakan kebaikan juga kebahagiaan orang lain kerana doa itu akan berbalik semula pada kita.

8. Percaya bahawasanya pada setiap percaturan hidup adalah yang terbaik kerana ianya disusun oleh Yang Maha Berkuasa.

9. Solat sunat dhuha biarpun cuma 2 rakaat kerana ia hak tubuh.

10. Istighfar sekurangnya 100 kali.

11. Selawat sekurangnya 10 kali di waktu pagi dan petang.

12. Taat ibubapa.

13. Solat di awal waktu.

14. Hargai dengan apa yang ada.

Selamat berbahagia hingga ke Syurga! Terus bahagia.... #IndahDihati

No comments: