Thursday, February 4, 2021

TIPS MENGGAPAI KHUSYUK SOLAT


Ustazah asma

Hidup yang berjaya dan bahagia, itulah impian setiap manusia. Hidup yang senang dan lapang, jauh dari kekusutan yang mengganggu tenang.

Firman Allah SWT di dalam al-Quran:

قَدْ أَفْلَحَ الْمُؤْمِنُونَ الَّذِينَ هُمْ فِي صَلَاتِهِمْ خَاشِعُونَ

Maksudnya: "Sesungguhnya berjayalah orang-orang yang beriman, iaitu mereka yang khusyuk dalam solatnya." (Surah al-Mu’minun: 1-2)

Ibn Kathir dalam mengulas tentang firman Allah SWT ini mengatakan, orang beriman yang berjaya itu adalah orang-orang yang khusyuk di dalam solatnya. Orang yang merendahkan diri dalam sujud kerana patuh kepada segala perintah dan takut akan azab seksaan-Nya.

Namun, apakah usaha yang boleh kita lakukan untuk menggapai khusyuk dalam solat, sehingga akhirnya kita mencapai kejayaan dan kebahagiaan dunia akhirat yang diimpikan?

Para ulama membahagikan cara menggapai khusyuk dalam solat berdasarkan al-Quran dan hadis kepada beberapa bahagian iaitu:

1) Sebelum mendirikan solat
2) Ketika hendak mendirikan solat
3) Semasa mendirikan solat

Menggapai khusyuk sebelum mendirikan solat

1) Solat pada awal waktunya.

Sabda Rasulullah SAW ketika ditanya tentang amalan yang paling utama, jawab baginda:

الصَّلاَةُ فِى أَوَّلِ وَقْتِهَا

“Solat di awal waktunya.”
(HR Abu Daud, no. 426)

2) Berwuduk dengan sempurna.

Firman Allah SWT:

يَٰٓأَيُّهَا ٱلَّذِينَ ءَامَنُوٓا۟ إِذَا قُمْتُمْ إِلَى ٱلصَّلَوٰةِ فَٱغْسِلُوا۟ وُجُوهَكُمْ وَأَيْدِيَكُمْ إِلَى ٱلْمَرَافِقِ وَٱمْسَحُوا۟ بِرُءُوسِكُمْ وَأَرْجُلَكُمْ إِلَى ٱلْكَعْبَيْنِ

Maksudnya: “Wahai orang-orang yang beriman, apabila kamu hendak mendirikan solat, maka (berwuduklah) iaitu basuhlah muka kamu, dan kedua belah tangan kamu meliputi siku, dan sapulah sebahagian dari kepala kamu, dan basuhlah kedua belah kaki kamu meliputi buku lali.” (Surah al-Maidah: 6)

3) Bersugi

Daripada Abu Hurairah RA bahawa Rasulullah SAW bersabda:

لَوْلَا أَنْ أَشُقَّ عَلَى أُمَّتِي لَأَمَرْتُهُمْ بِالسِّوَاكِ عِنْدَ كُلِّ وُضُوءٍ

Maksudnya: “Jikalau tidak mendatangkan kesusahan ke atas umatku nescaya aku menyuruh mereka bersiwak pada setiap kali wudhu’.”
(HR al-Bukhari)

No comments: