Tuesday, June 15, 2021

PERINGKAT GODAAN IBLIS & SYAITAN

DrZaharuddin Group:


Secara umumnya, Imam Ibn Qayyim menyatakan enam tingkat godaan dan tipudaya Iblis secara ringkas iaitu  :-
المرحلة الأولى : يسعى أن يكفر الإنسان أو يجعله يشرك بالله.
المرحلة الثانية : مرحلة البدعة ويقوم في هذه المرحلة بجعل الإنسان يبتدع البدعة ويطبقها، فإن لم يستطع بدأ في المرحلة الثالثة.
المرحلة الثالثة : مرحلة المعاصي الكبيرة، فإن كان ذلك الإنسان قد عصمه الله من الكبائر بدأ في المرحلة الرابعة.
المرحلة الرابعة : مرحلة الصغائر (صغار الذنوب) ويقوم بتزينها له ويقوم يتقليلها وتصغيرها للإنسان، فإن عُصِمَ منها بدأ في المرحلة الخامسة.
المرحلة الخامسة : أن يُشْغِل الإنسان بالمباحات بحيث يشغل الإنسان فيضيع أوقاته في الأمور المباحة.
المرحلة السادسة : وهي أن يُشغِلَ الإنسان بالعمل المفضول عما هو أفضل منه، بعمل معين طيب، ولكنه ينشغل به عما هو أطيب وأفضل منه.
Ertinya : 

Pertama : Berusaha mengkafirkan manusia dan  menjadikannya syirik.

Kedua : Peringkat bid’ah (ciptaan baru ibadah, Iblis berusaha pada tahap ini untuk menjadikan manusia lebih suka mencipta bid’ah dan beramal dengannya, jika gagal, iblis akan beralih ke tahap ketiga.

Ketiga : Tahap perlakuan maksiat dan dosa besar, mendorong manusia melakukan maksiat dan dosa besar mengingkari Allah swt, jika gagal dia pergi ke peringkat keempat

Keempat : Peringkat dosa-dosa kecil, Iblis akan mendorong manusia melakukannya, memandang kecil akan dosa ini. Jika manusia berjaya mengelaknya, dia akan pergi ke tahap kelima

Kelima : Iblis berusaha menyibukkan manusia dengan hal ehwal yang harus sehingga lalai dan habis waktunya dengan hal tersebut

Keenam : Beursaha menyibukkan manusia dengan amalan ibadat yang kurang utama lalu tertinggal dan melupakan yang afdhal..

Ibn Qayyim menyatakan lagi: "Jalan yang dilalui oleh manusia hanya empat; kanan, kiri, depan atau belakang. Mana-mana jalan yang dilalui, syaitan sentiasa menunggunya. Jika dia melalui jalan itu untuk melakukan ketaatan, syaitan akan menghalangnya dan melambat-lambatkannya. Jika dia melalui jalan itu untuk melakukan maksiat, syaitan akan mengalu-alukan dan membantunya. Kalau perlu untuk masuk dari bawah (demi menyesatkan manusia), syaitan pun akan melakukannya".

DAPATKAN INFO BERMANFAAT DI 
Dr Zaharuddin Abd Rahman
https://t.me/DrZaharuddinGroup

Iblis Buka 99 Pintu Kebaikan Untuk 1 Pintu Keburukan
أَبُو غسان النهدي قَالَ سمعت الْحَسَن بْن صالح رحمه اللَّه يَقُول إن الشَّيْطَان ليفتح للعبد تسعة وتسعين بابا من الخير يريد به بابا من الشر 
Terjemahan: Abu Ghassan an-Nahdi berkata, aku pernah mendengar al-Hasan bin Saleh berkata, “Sesungguhnya syaitan itu benar membukakan 99 pintu kebaikan. Tetapi dia menggunakan satu pintu kejahatan.”

Huraian: Syaitan menunjukkan kelicikannya dengan menawarkan kepada manusia bermacam-macam jenis kebaikan demi menusukkan satu jarum kejahatan. Syaitan akan sentiasa menyuruh manusia melakukan kebaikan. Setelah manusia itu melakukan kebaikan, dia akan menusukkan pula jarum kajahatan seperti merasa riak dan bangga di atas kebaikan yang telah dilakukan. Walhal perasaan bangga dan riak itu tidak nampak pada zahiriah. Cukup sahaja syaitan merosakkan manusia dari dalam hati. Lama kelamaan kerosakan dalam hati itu akan terzahir keluar melalui perbuatan. Lihatlah bagaimana liciknya syaitan dalam menggoda manusia supaya melakukan kejahatan.

Contoh yang lain adalah seperti syaitan membiskkan kepada orang yang jahil untuk pergi menuntut ilmu. Pada mulanya, orang yang jahil itu sentiasa merendah diri kerana kejahilannya. Tetapi setelah dia menuntut ilmu dan tidak lagi menjadi orang jahil, dia merasa bongkak, takbur dan sentiasakan dirinya sahaja yang benar kerana dia ada ilmu. 

Sampaikan apa sahaja yang dilakukan oleh orang lain nampak tidak benar di matanya. Manusia sebegini telah berjaya ditusuk oleh syaitan dengan tusukan kejahatan tanpa dia sedari. Lihat bagaimana syaitan mengubah seseorang yang merendah diri kepada sesorang yang bongkak. 

Namun, hal ini tidak patut disalah ertikan. Bukanlah bermaksud orang yang jahil itu tidak perlu menuntut ilmu kerana takut bongkak. Orang yang jahil wajib menuntut ilmu dan janganlah menjadi bongkak setelah merasa dirinya bukan lagi orang yang jahil. Orang yang jahil dan tidak menuntut ilmu kerana takut bongkak itu juga terpedaya dengan tipu daya syaitan. Berhati-hati dan jangan terpedaya dengan liciknya tipu daya syaitan.

DAPATKAN INFO BERMANFAAT DI 
Dr Zaharuddin Abd Rahman
https://t.me/DrZaharuddinGroup

No comments: