Monday, August 16, 2021

Paling tajam didunia ialah:

Suatu hari Imam Ghazali bertanya kepada pelajarnya,

"Apakah yang paling tajam di dunia ini?"

Lalu pelajarnya menjawab "Pedang."

Imam Ghazali berkata : "Itu benar, tetapi yang paling tajam sekali di dunia ini adalah lidah manusia. Kerana melalui lidah, manusia mudah menyakiti hati dan perasaan orang lain. "

Sahabat, mungkin kita sering melakukan kebaikan dan ringan tulang membantu orang sekeliling.

Tetapi, dalam tidak sedar, kita menyulami amalan dengan mengata, mengadu domba, mengungkit, mencanang kebaikan diri kepada orang lain.

Perlahan-lahan kita sedang merosakkan amalan dengan lidah sendiri.

Sedangkan, bukanlah dikatakan orang soleh walau banyak ibadahnya, jika lidah dan perbuatanya masih banyak menyakiti orang lain.

Daripada Abdullah Ibn ‘Amru R.Anhuma beliau berkata bahawa Rasulullah S.A.W bersabda :

الْمُسْلِمُ مَنْ سَلِمَ الْمُسْلِمُونَ مِنْ لِسَانِهِ وَيَدِهِ

Maksudnya : "Seorang muslim itu adalah mereka yang membuatkan muslim yang lain selamat dari kejahatan lidahnya dan juga tangannya."

(HR Al-Bukhari, hadis sahih)

Alangkah sedihnya andai amalan yang telah banyak kita lakukan, tetapi berakhir dengan rosak dan sia-sia. 😔

Mari sahabat kita belajar menjaga lidah daripada menyakiti orang lain. Perbaiki diri untuk terus membasahi lidah dengan berkata baik, zikrullah dan istighfar.🥰🌹

No comments: