catatan usrah dan lain2-semoga bermanafaat. Sila kembangkan ilmu dengan merujuk kepada sumber-sumber yang soheh.Ya Allah ,berilah taufik dan hidayahmu kepadaku dan pembaca blog ini untuk menjadi hamba-hamba mu yang soleh. Yang redho dan diredhoi engkau ya allah. Amin. nota- semua gambar adalah dari google.
Saturday, March 25, 2023
ABID YANG 'PLASTIK'
Islam sentiasa menitikberatkan dua bentuk hubungan; Pertama, hubungan dengan Allah dan kedua, hubungan dengan manusia. Sekiranya manusia mengabaikan dua bentuk hubungan ini, maka kehinaan pasti akan menimpa.
Hubungan yang kuat dengan Allah melalui solat akan mencetuskan hubungan yang erat sesama manusia melalui zakat. Justeru, solat tidak boleh dipisahkan dengan zakat seperti iman tidak boleh dipisahkan dengan amal soleh, atau takwa yang tidak boleh dipisahkan dengan akhlak.
Seseorang itu tidak dianggap mencapai kesempurnaan dalam beribadah selagi dia tidak menunaikan hak manusia yang ada pada dirinya. Takwa kepada Allah itu pun hanya dikira sempurna apabila seseorang menunaikan hak manusia terhadapnya.
Hendaknya tidak ada ahli ibadah yang tertipu dengan “menyembah” kesenangan dan kepentingan dirinya atas nama agama. Mereka meminggirkan amalan yang menyuburkan kasih sayang sesama manusia kononnya untuk berbakti kepada Allah.
Padahal kesan amal ibadah itu ialah akhlak, dan akhlak itu terserlah melalui sifat kasih sayang kepada manusia lain.
Sesungguhnya keredaan Allah bukan sahaja ada di masjid atau surau tetapi di rumah anak-anak yatim, rumah orang miskin, rumah sakit, dan rumah orang tua-tua.
Jika kita bijak menilai keutamaan, banyak yang kita boleh lakukan untuk mendapat kecintaan Allah dengan berbuat baik sesama manusia. Jangan jadi abid yang “plastik”. Kuat ibadah tetapi bersifat individualistik dan materialistik!
PAHROL MOHAMAD JUOI
https://t.me/notahatiustazpahrol
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment