catatan usrah dan lain2-semoga bermanafaat. Sila kembangkan ilmu dengan merujuk kepada sumber-sumber yang soheh.Ya Allah ,berilah taufik dan hidayahmu kepadaku dan pembaca blog ini untuk menjadi hamba-hamba mu yang soleh. Yang redho dan diredhoi engkau ya allah. Amin. nota- semua gambar adalah dari google.
Friday, March 24, 2023
Ramadan Bulan Keampunan
Satu daripada nama untuk bulan Ramadhan adalah Syahrul Maghfirah (Bulan Pengampunan). Pelbagai mekanisma disediakan untuk kita agar menjadikan bulan Ramadan ini pembersih dosa-dosa sehingga kita keluar daripada Ramadan nanti menjadi orang yang bersih daripada dosa atau kembali menjadi fitrah.
Ingat pesan Nabi SAW
رَغِمَ أَنْفُ رَجُلٍ ...وَرَغِمَ أَنْفُ رَجُلٍ دَخَلَ عَلَيْهِ رَمَضَانَ ثُمَّ انْسَلَخَ قَبْلَ أَنْ يُغْفَرَ لَهُ
"Menyesallah dan rugilah .. menyesallah dan rugilah ... Lalu mereka (sahabat) bertanya: Siapakah mereka wahai Rasulullah? Jawab Rasulullah saw: “Orang yang masuk ke bulan Ramadan hingga ke penghujung bulan tetapi dosanya tidak diampunkan." (At-Tirmizi No 3545) Hadis Hassan
Marilah kita berharap dan berusaha melakukan amal ibadah sebaik mungkin agar Ramadan yang dilalui menjadi penghapus dosa kita.
https://t.me/kapsul_tazkirah
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment