Dalam mencari kesembuhan; pasakkan mentaliti yang betul. Bimbang salah catur pada pemikiran - membuatkan kita lebih lama kekal dalam putaran-putaran kesakitan.
Victim mentality VS empowered mentality.
Victim mentality mencari sembuh dengan melihat diri sebagai mangsa keadaan yang ditekan pelbagai faktor luaran justeru merasa dirinya tiada kuasa atau upaya untuk membetulkan keadaan. Dia mangsa DAN tidak berupaya.
Manakala,
Empowered mentality mencari sembuh dengan POSITIVE self-perception. Dia tahu dia bukan mangsa keadaan yang helpless, tapi dia tahu dia punyai upaya untuk membetulkan perasaan dan tanggapannya sendiri - jika tidak berjaya membetulkan keadaan secara total sekalipun.
Dia tahu, tindakannya mampu membawa perubahan. Dia bertanggungjawab sepenuhnya atas kesan-kesan dalam kehidupannya. Dia kental (resilience) melawan tekanan dan paksaan kerana dia tahu, hidupnya adalah apa yang DIA PUTUSKAN, bukan orang lain.
Seteruk apa pun orang cuba merampas hidupnya - dia tidak mudah-mudah membiarkan ianya terjadi.
Kerana,
Dia mencari sembuh sebagai PAHLAWAN yang berjuang, bukan sesekali sebagai TAWANAN yang kecundang.
Antara sosok terindah dalam mencipta ’sembuh’ sebagai hamba yang dilukai keadaan dan kejatahan tangan orang lain dengan fully matured and empowered mindset - adalah sosok Nabi kita Yusuf A.S.
Menelusuri perjalanan hidup baginda Yusuf A.S adalah medium yang sangat lengkap dalam merombak fikir dan rasa kita sebagai seorang hamba.
Di sebalik lipatan cerita, ada kasih sayang yang ALLAH sampaikan kepada kita. Perhalusi empowered mentality dengan ibrah Surah Yusuf.
Ingat, dalam mencari sembuh - tetapkan watak diri
sebagai pahlawan yang berjuang, bukan tawanan yang kecundang.
Sharifah Zahidah
2 Jun 2023
#sebelumsenja
No comments:
Post a Comment