Sunday, September 24, 2023

filem dan manusia

Bolehkah filem mengubah manusia menjadi lebih berakhlak? Jawabnya, boleh.

Dengan syarat filem tersebut wajib ada unsur dakwah dan tarbiah.

Justeru, yang boleh mengubah manusia ialah  dakwah dan tarbiah. Hanya dengan kaedah itu hati, akal dan nafsu di ubah.

Bila tiga unsur dalaman ini berubah maka berubahlah pemikiran, perasaan dan akhirnya akhlak manusia.

Justeru jika filem berunsur dakwah dan tarbiah, maka sekaligus  pelakon dan semua yang terlibat dalam pembikinannya mesti juga bersifat pendakwah.

Keperibadian Islam mereka bukan hanya dalam filem lakonan tapi juga dalam realiti kehidupan sehari-hari.

Barulah mesej dakwah itu datang dari hati. Dan  jatuh ke hati. Jika tidak... jatuh ke laut!

https://t.me/notahatiustazpahrol

No comments: