Tuesday, October 24, 2023

4 surah amalan rasul saw

275 of 365 🗓   ISNIN  💕 16 RABIUL AWAL 1445H 02 OKTOBER 2023

 بِسۡمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡمَـٰنِ ٱلرَّحِيمِ
Bismillahirrahmanirrahim 🌹

Assalamualaikum dan Selamat Pagi

اللهم صلى على سيدنا محمد وعلى آله واصحابه وسلم

Setiap hari yang datang adalah hari yang berharga.

Semoga kita senantiasa berada dalam rahmat, taufik dan hidayah Nya

••✾•◆❀◆•✾••┈•┈┈••✾•◆❀◆•✾••┈

#AllahjagaKita..😘
#PrayertoremoveCovid19... 🇲🇾🌏

Empat Surah Amalan Rasulullah ﷺ

1. Berdasarkan hadis, terdapat empat surah yang sering dibaca oleh Rasulullah ﷺ pada setiap hari iaitu (1)Surah al-Sajadah, (2)Surah al-Mulk, (3)Surah al-Zumar dan (4)Surah al-Isra. Surah-surah ini menjadi amalan tetap Baginda Nabi.

2. Keempat-empat surah ini mengandungi tema dan intipati yang berbeza. Namun secara asasnya keempat-empat surah ini mempunyai penekanan terhadap pemantapan akidah dan peranan Rasulullah ﷺ sebagai penyampai dakwah.

3. Secara umumnya sinopsis setiap surah merangkumi aspek berikut:

(a) Surah al-Sajadah membicarakan tentang perjalanan hidup manusia. Ia dimulakan dengan imbasan berhubung kejadian manusia sehingga saat dia dibangkitkan di akhirat kelak. Surah ini mengingatkan manusia tentang jalan yang dipilih oleh mereka dalam kehidupan mereka. Mukmin yang soleh akan memilih jalan yang baik lalu mereka sujud kepada Allah. Manakala mereka yang engkar, yang menjadi kufur dan fasiq akan menyesal dikemudian hari.

(b) Surah al-Mulk pula menanamkan prinsip akidah yang jelas. Allah memegang segala urusan manusia termasuklah ketentuan rezeki yang menjadi keserabutan harian jiwa manusia. Surah ini seumpama proses muhasabah ringkas sebelum tidur.

(c) Surah al-Zumar menyemai jiwa tentang keikhlasan dalam pengabdian diri kepada Allah. Kesucian dan ikhlasan jiwa menjadi tunjang utama penerimaan amalan manusia sebagai hamba Allah.

(d) Manakala Surah al-Isra mengingatkan Rasulullah tentang beban dakwah yang dipikul oleh Baginda. Pemindahan tugas dakwah para Rasul keturunan Bani Israil kepada Rasulullah ﷺ menanam perasaan tanggungjawab dalam membimbing umat ini.

4. Begitulah empat Surah yang menjadi amalan harian Rasulullah ﷺ. Kesemuanya mempunyai elemen spesifik yang membina jiwa, dan memperkukuh keimanan sebagai bekalan bagi memikul bebanan dakwah dalam memastikan kesejahteraan umat ini.

5. Bagi yang berkemampuan bacalah surah-surah kegemaran Rasulullah ini. Selami makna dan hayati intipati setiap bilah ayat agar ia memperkukuh keimanan kita. Rasai tangggungjawab berdakwah seperti yang dipikul oleh kekasih Allah. Andai tidak berkesempatan, maka baca yang termampu sahaja.

Semoga Allah membimbing kita.

SEMOGA BERMANFAAT 🥰

•══◎◎♡◎◎══•

رَبِّ اغْفِرْ لِيْ وَلِوَالِدَيَّ وَارْحَمْهُمَا كَمَا رَبَّيَانِيْ صَغِيْرًا

Ya Allah, ampunilah aku dan kedua orang tuaku, serta berilah rahmat kepada kedua-duanya, sebagaimana mereka mendidikku pada waktu kecil. Aamiin.

🎋سبحان الله 🌻الحمد لله🌺لا اله إلا الله 🌼الله اكبر

@quotephotovideo 🌸🌸🌸
46K132

No comments: