Saturday, October 18, 2025

Jangan putus harap dengan Allah by ustazah marhamah rosli

بسم الله الرحمن الرحيم Assalaamu Alaykum Wa Rahmatullaahi Wa Barakaatuh اللهم صل على محمد وآل محمد


Sewaktu terima jemputan ceramah untuk banduan baru-baru ini.. 
Terus saya teringat beberapa tahun lepas, sembang dengan seorang ex-banduan..

"Saya malu mau minta apa-apa dengan Allah.. Sebab banyak dosa."

Waktu tu beliau give up dengan hidup..
Umur sudah 40an..
Menghabiskan masa muda di penjara..
Bila keluar penjara, ramai pula yang menjauhkan diri..
seolah-olah hukuman tu masih belum tamat.. 😢

Masih ada harapan untuk kahwin?
Punya anak?
Punya keluarga bahagia?
Tebus kesilapan lama?
Berkerjaya?

Bukan mudah seorang wanita memikul 'label' banduan 🥺

Walaupun banyak persoalan beliau.. 
Terasa sunyi nadanya sewaktu bercerita..
Macam manusia yang cuba cari tempat untuk mula semula..
tapi tidak tahu mahu mula dari mana..

Sama juga..
Ada seorang ibu kepada pesalah juvana menyertai Seminar Soul to Soul.. 
Menyatakan yang sama..
Masih ada harapan kah lagi?
Harapan, impian, HANCUR katanya 🥺
Bila si anak tersilap langkah..

"wajar putus harapan pada manusia, tapi jangan putus harap dengan Allah"

"waktu ni lah kita upgrade doa kita. Minta saja yang mustahil. Sebab bagi kita mustahil, tapi tidak bagi Allah"

"manusia memang ada batas puan. Tapi Allah langsung tiada batas. Walau nampak macam tiada harapan, Allah tetap berkuasa mengubah semuanya 360°"

Macam-macam saya cuba yakinkan..
Tapi semua macam angin.. 
Begitulah manusia..
Hanya fikir yang logik saja..
Kalau sudah begini, beginilah..
Kalau memang begitu, begitulah..
Manusia sendiri menutup peluang rahmat Allah..

Rasanya..
Bukan bekas banduan saja rasa begini..
Kita-kita ni pun kadang pandai rasa putus asa..
Bila manusia menjauh..
Bila manusia menghukum..
Seolah-olah respon manusia itu adalah mandatori juga hukuman daripada Allah..
Sehingga malu untuk meminta pada Allah 🥺

Ramai dari kalangan kita sebenarnya..
bukan hilang iman..
tapi hilang keberanian untuk mendekat.. 
kerana rasa bersalah yang terlalu berat.. 

Tapi..
malu kepada Allah bukan alasan untuk menjauh..

Kerana dalam Islam, 'malu' yang Nabi ﷺ maksudkan bukan sembarangan malu..

Ia disebut sebagai الحياء (al-ḥaya').. 
malu yang lahir daripada iman.. 
dan kesedaran bahawa Allah sedang melihat..

Rasulullah ﷺ bersabda:
الْحَيَاءُ شُعْبَةٌ مِّنَ الْإِيمَانِ
"Malu itu adalah satu cabang daripada iman." 
(HR. al-Bukhari & Muslim)

Malu ini bukan melemahkan.
Ia tidak membuat kita menjauh,
tetapi menolak kita untuk kembali.
Namun perlu untuk kita fahami..
tidak semua rasa malu itu sihat.. 

Ada satu jenis malu yang nampak 'macam' kesedaran.. 
tapi sebenarnya sedang membunuh harapan..

Inilah malu yang para ulama sebut sebagai الإنكسار (al-inkisar)..

Rasa patah dan hancur yang tidak seimbang.. 
Dalam dunia tasawwuf, al-inkisar boleh jadi indah.. 
Jika ia membawa kepada tunduk dan taubat..

Tetapi bila disusupi bisikan syaitan.. 
Ia bertukar menjadi الخذلان (al-khudzlaan).. 
Rasa putus asa yang menolak manusia daripada rahmat Allah..
 
Imam Ibn al-Qayyim pernah menulis dalam Madarij as-Salikin:
"Sesungguhnya rasa patah di hadapan Allah itu terpuji,
tetapi jika ia membawa kepada putus asa daripada rahmat-Nya,
maka itu adalah kehinaan yang datang dari syaitan."

Sebab itu ada yang cakap,
"Saya malu mahu minta ampun sebab banyak dosa.."

itu bukan حَيَاءُ, 
tapi خذلان.. rasa malu yang sudah diserang oleh putus asa..

Maka kalau hari ini kita masih rasa malu dengan dosa.. 
Tapi masih mahu 'balik' ke pangkal jalan.. 
Itu bukan kelemahan.. 
Itu tanda Allah masih hidupkan hati kita..

Kerana malu yang benar (حَيَاءُ) tidak menjauhkan.. 
Ia menundukkan.. 
Ia tidak menghalang kita dari berdoa.. 
Bahkan..
Ia menumbuhkan taubat.. 
Dan di situlah.. 
pengampunan Allah hadir..

Untuk faham dengan lebih mendalam tentang ampunan Allah..
Better kita bincang di sini..
So boleh baca ulang-ulang..
Sebab tidak ramai rajin spend time hadir kelas..

Jomlah kita tengok QS 71 : 10
Saya harap sahabat semua buka dan baca..

فَقُلْتُ ٱسْتَغْفِرُوا۟ رَبَّكُمْ إِنَّهُۥ كَانَ غَفَّارًۭا
"Maka aku berkata (kepada mereka): Mohonlah ampun kepada Tuhanmu, sesungguhnya Dia Maha Pengampun." 

Perhatikan perkataan غَفَّارًۭا.. Daripada kalimah غَفَّار. Akar katanya غَفَرَ yang membawa maksud menutup, melindungi, memaafkan.

Dari segi ilmu sorof, perkataan غَفَّار ini adalah dari pola فَعَّال menunjukkan perbuatan yang berulang tanpa batas.

Allah bukan sekadar غَافِر (yang mengampuni),
tapi غَفَّار.. yang terus-menerus mengampuni..

Dari sudut ilmu balaghah, bentuk ini membawa mubalaghah (penekanan yang mendalam).. 
menunjukkan betapa tiada batas bagi keampunan Allah.. 
selagi kita tidak berhenti meminta..

Bermaksud.. 
Allah bukan sekadar mengampuni sekali.. 
tetapi terus-menerus mengampuni setiap kali kita kembali..
Kembali taubat..
Kembali minta ampun.. 

Kenapa kita rasa sangat ragu?
seolah-olah..
Keampunan Allah ini akan habis stok? 😌

Habis kah stok keampunan Allah?
Tidak pernah.
Kerana keampunan Allah bukan seperti sumber manusia yang menyusut bila kita memberi.. 

Dia memberi tanpa berkurang.. 
Dia mengampuni tanpa had..

Rasulullah ﷺ bersabda:
يَدُ اللَّهِ مَلْأَى لَا يَغِيضُهَا نَفَقَةٌ، سَحَّاءُ اللَّيْلَ وَالنَّهَارَ
"Tangan Allah itu penuh, tidak akan berkurang kerana pemberian apa pun. Ia terus mencurah siang dan malam."  (Riwayat al-Bukhari & Muslim)

Lihatlah bagaimana Nabi ﷺ menggambarkan kemurahan dan keluasan Allah:
Setiap kali kita datang dengan dosa, Allah datang dengan ampunan yang tidak pernah susut.

Yakinlah.. 
Setiap kali manusia letih berdoa, Allah tidak pernah letih mendengar..

Bercakap tentang ini..
Saya sangat melting dengan 1 firman Allah..

قُلْ يَا عِبَادِيَ الَّذِينَ أَسْرَفُوا عَلَىٰ أَنْفُسِهِمْ
لَا تَقْنَطُوا مِن رَّحْمَةِ اللَّهِ
إِنَّ اللَّهَ يَغْفِرُ الذُّنُوبَ جَمِيعًا
إِنَّهُ هُوَ الْغَفُورُ الرَّحِيمُ
(QS 39:53)

Ayat ini datang dengan nada paling lembut dalam seluruh al-Quran.. 🥺🥺🥺

Perhatikan frasa يَغْفِرُ الذُّنُوبَ جَمِيعًا.. 
Allah tidak sebut sebahagian dosa..
tapi SEMUA..
 
Dan apabila Allah tutup dengan هُوَ الْغَفُورُ الرَّحِيمُ,
dua nama itu hadir dalam bentuk mubalaghah..
bukan sekadar yang mengampuni,
tapi yang sangat banyak mengampuni dan teramat kasih.. 
Jadi bila kita rasa malu mahu minta sebab banyak dosa..

Ingatlah..
Tiada istilah 'stok ampunan Allah sudah habis'.. 
Tiada istilah 'stok rahmat Allah sudah habis'.. 
Sampai kita berabis mahu ragu-ragu dengan Allah ni 😌

Yang habis hanyalah rasa berharap dalam hati KITA.. 
Sedangkan rahmat Allah.. 
Tidak pernah berhenti mengalir sejak dunia dicipta.. 
hingga hari kita kembali kepada-Nya.. 

Dan sebenarnya..
Bukan Allah yang tinggalkan kita..
Tapi kita yang tinggalkan Allah 😭

Bukan Allah yang menjauh..
Tapi kita yang pilih untuk jauh daripada Allah 😭

Bukan Allah bosan mendengar..
Kita yang bosan 'bercakap' denganNya.. 😭

Jangan tunggu jadi suci murni untuk mendekat..
Kerana yang menyucikan itu..
bukan kita.. 
tapi Dia..

Yang penting bukan seberapa besar dosa kita.. 
tapi seberapa sungguh-sungguh kita mahu  kembali..

Jadi jangan biar rasa malu itu menghalang lisan daripada berdoa..
Sebab malu yang benar bukan menjauhkan, tapi mendekatkan..
Malu itu indah bila ia jadi pintu taubat..
Tapi berbahaya bila ia jadi dinding antara kita dan Tuhan..😔

Bila kita rasa terlalu kotor untuk berdoa..
Ingat..
Al-Ghaffar nya Allah tidak menunggu kita sempurna.. 
Dia menunggu kita pulang ❤️

Namun alhamdulillah..
Ex-banduan yang saya ceritakan..
Allah izin jumpa jalan bahagianya..
Baru sahaja berkahwin awal tahun ini
Bahkan sedang hamil..
Berniaga kecil-kecilan bersama suaminya..
Hidup sederhana..
Namun MasyaAllah..
Beliau semakin membina keyakinan terhadap Tuhan..
Pelan-pelan dalami Al-Quran..
Supaya tidak hanyut lagi..

Ibu kepada pesalah juvana itu juga..
Menyatakan kesyukuran..
Rupanya bukan semua kekecewaan membuahkan kedukaan..
Anaknya kini belajar dalam bidang kemahiran..
Sambil mencari rezeki secara freelance..
Menjadi tulang belakang kepada keluarga setelah pemergian suaminya sejak 2 tahun lalu.. 
Sesuatu yang beliau tidak pernah sangka selama ini..
Kerana beliau sudah mati harapan pada si anak..

"saya faham sudah apa yang ustazah cakap dulu".. 

Syukur mereka ini..
Antara yang mahu berjuang..
Walau pernah give up.. 
"saya hanya mampu cakap..
Tapi tindakan semua dari puan"
Ini yang saya selalu ulang-ulang.. 

Ada banyak lagi kisah..
Namun..
Fokuslah pada kisah hidup kita..
Saya hanya berkongsi untuk teladan..

Teruslah memohon ampun..
Kerana dengan keampunan..
Pintu rahmat dibuka..
Marhamah Rosli
19/10/2025

No comments: