Kenapa kita solat?
Kenapa lima kali sehari?
Kenapa Subuh?
Kemudian beberapa jam lepas itu Zuhur.
Petang datang... solat Asar.
Matahari tenggelam...Maghrib pula.
Dan sebelum hari berakhir, solat Isyak.
.
Dr. Omar Suleiman kupas tentang ini.
Kita hidup dalam dunia yang penuh dengan distraction.
Bangun pagi sahaja, perhatian sudah ditarik ke macam-macam arah.
Anak.
Kerja.
WhatsApp.
Email.
Berita.
Bil.
Meeting.
Media sosial.
Masalah semalam pun ada yang ikut bangun sekali. 😁
Beberapa jam sahaja sudah cukup untuk memenuhi kepala.
Kita bergerak dari satu urusan kepada satu urusan.
Sibuk, sampai sesekali terlupa
Ke mana destinasi aku?
.
Dr. Omar memberikan satu analogi yang saya suka.
Sebagaimana puasa mengosongkan perut untuk memberi ruang kepada jiwa,
solat mengosongkan jadual kita untuk memberi ruang kepada hati.
Ada waktunya kita perlu berhenti.
Letak telefon.
Tinggalkan kerja sekejap.
Ambil wuduk.
Berdiri menghadap kiblat.
Allahu Akbar.
Beberapa minit itu,
perhatian yang sejak tadi berpecah dikumpulkan semula.
Di tengah dunia yang menarik kita ke seribu arah,
kita kembali menghadap satu arah.
Allah.
.
Ibarat seorang musafir yang berjalan jauh dengan kompas.
Dia tahu destinasinya.
Tetapi sepanjang perjalanan ada banyak simpang.
Ada jalan yang menarik perhatian.
Ada tempat yang membuatkan dia berhenti lama.
Sesekali dia perlu melihat semula kompas untuk memastikan langkahnya masih menuju ke destinasi.
Solat melakukan sesuatu seperti itu kepada hati.
Re-alignment.
Solat Subuh sebelum kita masuk ke dalam kesibukan hari.
Solat Zuhur ketika dunia sudah mula memenuhi kepala.
Solat Asar ketika tenaga semakin berkurang.
Solat Maghrib ketika siang berakhir.
Solag Isyak sebelum kita menutup mata.
Lima waktu yang memecahkan perjalanan dunia kita kepada beberapa ruang untuk kembali kepada Allah.
.
Ketika kita berdiri untuk solat,
perkataan pertama yang keluar daripada mulut ialah...
Allahu Akbar.
Allah Maha besar.
Segala yang terasa begitu besar sejak pagi tadi diletakkan semula pada tempatnya.
Deadline masih penting.
Masalah masih perlu diselesaikan.
Tanggungjawab masih menunggu.
Dan di atas semuanya,
Allah lebih besar.
.
Ungkapan Rasulullah SAW kepada Bilal:
أَرِحْنَا بِهَا يَا بِلَالُ
“Berikanlah kami kerehatan dengannya, wahai Bilal.”
Indah bila solat menjadi ruang seperti ini.
Kepala sudah penuh.
Emosi mungkin sudah berserabut.
Kita ambil beberapa minit untuk berdiri, rukuk dan sujud.
Kemudian sambung semula kehidupan.
Sebab itu lima waktu tepat untuk manusia.
Kita mudah distracted.
Beban dunia kadang membebani dada.
Masalah terasa segala-galanya.
Kerja terasa segala-galanya.
Apa yang kita mahu terasa segala-galanya.
Kemudian datang waktu solat.
Allahu Akbar.
Dua perkataan yang menyusun semula perspektif.
Lima kali sehari,
Allah memberikan ruang untuk hati kita re-align.
Supaya dalam sibuk mengejar macam-macam perkara,
kita masih ingat ke mana sebenarnya perjalanan ini sedang tuju.
#kuliahdromarsuleiman
#solat5waktu
#kenapasolat
No comments:
Post a Comment