Monday, September 7, 2026

Yoga

بسم الله الرحمن الرحيم Assalaamu Alaykum Wa Rahmatullaahi Wa Barakaatuh اللهم صل على محمد وآل محمد
By aqilah nor

Selepas perbincangan tentang yoga baru-baru ini, saya terjumpa satu video yang sangat menarik.

Kali ini yang bercakap bukan seorang ustaz.

Tetapi Rajiv Malhotra, seorang pemikir yang banyak membicarakan tradisi Dharmik.

Tajuk videonya:
Muslim Yoga & Its Controversies.

Menarik untuk kita dengar kerana kali ini yoga diterangkan dari perspektif seseorang yang mahu mempertahankan akar tradisinya sendiri.

.

Rajiv membincangkan fenomena yang boleh disebut sebagai “Muslim Yoga”.

Ada Muslim yang melihat manfaat fizikal yoga tetapi berhadapan dengan beberapa perkara yang tidak selari dengan kepercayaan Islam.

OM menjadi masalah.

Mantra menjadi masalah.

Surya Namaskar menimbulkan persoalan.

Begitu juga beberapa konsep spiritual di belakang yoga.

Lalu muncul satu jalan tengah.

Buang unsur tersebut.
Ambil pergerakannya.
Ada pula yang memasukkan zikir, nama Allah atau ayat Al-Quran.

Yoga pun “diislamisasikan”.

.

Rajiv sendiri membantah pendekatan ini.

Beliau mahu yoga diterima bersama akar Dharmik dan dimensi spiritualnya.

Dalam kerangka pemikirannya, 
apabila OM dibuang, 
Surya Namaskar dipisahkan daripada makna sakralnya dan istilah seperti prana diterjemahkan sekadar “breathing”,

kita sedang mengambil sebuah sistem daripada tradisinya kemudian mengubahnya supaya sesuai dengan worldview kita.

Beliau beri istilah  “digestion” untuk menerangkan proses seperti ini.

.

Rajiv turut membawa contoh Mohammad Kaif, bekas pemain kriket India.

Kaif pernah menerima kritikan selepas memuat naik gambar dirinya melakukan Surya Namaskar.

Dalam mempertahankan tindakannya, 
Kaif menjelaskan bahawa ketika melakukan gerakan tersebut, 
Allah tetap berada dalam hatinya.

Tetapi Rajiv melihat respons seperti ini sebagai usaha menjauhkan Surya Namaskar daripada dimensi sakral asalnya dan menjadikannya sekadar physical exercise.

Bukankah ini antara hujah yang biasa kita dengar?

“Yang penting niat. Saya buat untuk exercise sahaja.”

Tetapi Rajiv sendiri tidak mahu yoga di downgrade menjadi  exercise semata.

.

Beliau membawa satu lagi contoh dari Pakistan.

Ada guru yoga Muslim yang cuba memisahkan yoga daripada agama.

OM tidak dilantunkan.

Surya Namaskar diterangkan sebagai senaman fizikal.

Yoga cuba dipersembahkan sebagai sesuatu yang neutral daripada agama supaya ia boleh diamalkan oleh Muslim.

Sekali lagi Rajiv membantah.

Bagi beliau, pendekatan seperti ini mencabut yoga daripada konteks dan worldview yang membentuknya.

.

Di sinilah saya teringat kembali kupasan Dr. Zakir Naik tentang yoga.

Dr. Zakir melihat yoga melalui comparative religion.

Rajiv pula melihatnya daripada kerangka Dharmik.

Mereka berdiri pada dua worldview yang sangat berbeza.

Kesimpulan mereka juga bertentangan.

Dr. Zakir melihat akar spiritual yoga sebagai sebab Muslim perlu menjauhinya.

Rajiv melihat akar tersebut sebagai sesuatu yang perlu dipertahankan apabila yoga diamalkan.

Tetapi  kedua-duanya membawa kita satu titik persamaan bahawa,

Yoga bukan  stretching semata-mata.

.

Rajiv menggalakkan Muslim mengamalkan yoga yang autentik, bukan versi yang telah disaring supaya sesuai dengan Islam.

Dalam kerangka beliau, 
seseorang sepatutnya memberi ruang untuk mengalami yoga yang tulen. Bukan adaptasi.

Ini satu mesej yang sangat dalam untuk muslim.

Kalau untuk mengamalkan sesuatu secara “autentik” kita perlu mengetepikan dahulu filter agama sendiri,

bukankah itu sendiri sesuatu yang patut membuatkan kita berhenti dan berfikir?

.

Kalau yang diperlukan ialah stretching,
buat stretching.

Kalau perlukan flexibiliti,
buat flexibility training.

Kalau perlukan mobilitu,
buat mobility training.

Kalau perlukan strength,
buat strength training.

Kita tidak perlu mengambil sebuah sistem daripada worldview lain, membuang bahagian yang tidak selari dengan Islam, memasukkan zikir dan ayat Al-Quran, kemudian menamakannya “Muslim Yoga”.

.

Apa yang boleh kita pelajari daripada Rajiv sendiri...

Kalau beliau mahu yoga dikenali bersama akar Dharmiknya,
kita tidak perlu menafikan akar itu.

Tak perlu katakan,

“Yoga sebenarnya cuma exercise.”

Tak perlu menukar maksudnya supaya lebih mudah diterima oleh Muslim.

Fahami yoga sebagaimana tradisi itu menerangkannya.

Kemudian sebagai Muslim,
buat keputusan berdasarkan ilmu tentang apa yang sebenarnya sedang kita pilih.

Setiap pilihan kita akan dipertanggungjawabkan. 

‼️ Peringatan: Mohon tidak menggunakan bahasa kesat dalam menulis di ruang ini

#yogadanislam

No comments: