Thursday, January 14, 2010

Mengapa hati ?

 

Sakit paling pedih, sakit apa?-Sakit hatilah.
Kalau sedih rasanya dimana? – Dihati tentunya sebab tu disebut kesedihan hati, tak pula disebut kesedihan jantung ke , limpa ker.
Kalau marah. Panasnya dimana? Tentulah dihati jugak. Sebab tu disebut panas hati.
Kalau cinta ada dimana ya? Ohhh cinta ada dihati laaa.
Kalau benci pulak kat mana yer? Masih jugak kat hati.
So Nampak tak betapa penting nya hati kita ni. Ia nya pusat pelbagai rasa.
Sebab itulah Allah dan rasul dok suroh sangat kita jaga hati kita ni.
Macammana yer ?
Caranya ialah dengan mendidik hati kita dengan iman. Didik supaya ia kenal Allah dan ia sayang
Rasulullah.Didik atau dalam bahasa arab disebut tarbiah hati supaya takut azab Allah.
Sebab apa?
Contoh:- kalau hati sakit dia akan perintah kakitangan untuk pukul, perintah lidah untuk maki hamun
Perintah otak untuk cari jalan balas dendam dan sebagainya.
Nampak tak betapa berkuasanya hati tuu.
Sebab tu Rasulullah saw bersabda yang maksudnya:-
Ketahuilah bahawa dalam setiap jasad itu ada seketul daging yang apabila ia baik maka baiklah seluruh jasad dan apabila ia rosak, maka rosaklah seluruh jasad. Ketahuilah ia adalah hati. Hadis riwayat al-lmam al-Bukhari dan Muslim.
Hati kita juga bagai sebuah bekas , boleh diisi apa saja .Boleh diisi dengan iman dan disi dengan syaitan dan syahwat.
Jika hati itu diproses ( kerja keluarkan maksiat dan masukkan iman) dan dididik dengan iman dia kan menjadi penunjuk jalan bagi jasad untuk menuju kebaikan,
Sebaliknya jika hati itu kotor dengan syahwat dan setan bertenggek pulak kat situ ia juga boleh jadi penggerak kepada kerja-kerja maksiat kepada Allah swt.
Oleh itu saya ingin mengajak diri sendiri dan anda pembaca untuk sama-sama tengok apa yang ada dalam hati kita. Apa yang kita isi dalam hati kita kerana tak ada bekalan yang sebaik-baiknya untuk kita bawak balik bila kita mati kecuali hati yang bersih.-Wallahuallam.

No comments: