Monday, February 8, 2010

Tanggong jawab Muslim terhadap tuhannya.



Tanggong jawab Muslim terhadap tuhannya.
1.    Menjadi mukmin yang sedar.
2.    Taat setia menurut perintah tuhannya.
3.    Menyedari tanggong jawab terhadap rakyatnya- mereka dibawah tanggungannya.
4.    Redho menerima Qadha’dan Qadar.
5.    Sentiasa bertaubat kepada tuhannya.
6.    Mencari redha tuhannya.
7.    Melaksanakan segala rukun , fardhu dan Nawafil
8.    Memperbanyakkan tilawah al Quran.
1. Menjadi mukmin yang sedar .Siapa mukmin yang sedar?
Tuntutan pertama kepada seorang muslim ialah menjadi muslim yang beriman dengan sebenarnya kepada tuhannya.Bagaimana?
·       Dia berhubung dengan Allah , sentiasa ingat Allah, sentiasa tawakkal kepada Allah. Menyerah diri kepada Allah.
·       Sentiasa mintak tolong dengan Allah sambil berusha melengkapkan sebab musabab.
·       Dalam jiwa rasa sangat berhajat kepada Allah dan rasa perlu kepada kekuatan Allah,bantuan Allah, sokongan Allah walaupun dia telah berusaha  semaksimanya.
       Muslim sejati dan benar itu:-
·       Sedar hatinya.
·       Celik matanya
·       Terbuka pintu iman nya.
·       Sedar akan keindahan ciptaan Allah.
·       Yakin tangan Allah swt yang  tinggi yang disebalik alam itulah yang mengendalikan urusan alam dan urusan manusia.
·       Dia sentiasa ingat Allah swt , sentiasa lihat kudrat kekuasaan Allah yang tiada batasan disetiap Detik dan makin bertambahlah iman dia.
 
Firman Allah dalam surah Al imran ayat 190 yang bermaksud:
“ Sesungguhnya didalam penciptaan langit dan bumi dan silih berganti nya malam dan siang , terdapat tanda-tanda bagi orang-orang yang berakal.

Bersambung-----

Extract dari buku keperibadian muslim –Mohd Ali Hashimi. 
Post a Comment