Sunday, December 16, 2012

2.2 Jasmaninya: 2.2.1 Bersederhana Didalam makan minumnya,

Bismillahirrahmanirrahim. Assalaamu Alaykum Wa Rahmatullaahi Wa Barakaatuh


 

 Seorang muslim akan bersungguh-sungguh berusaha menjaga kesihatan jasmaninya dan kekuatan bangun tubuhnya. Oleh itu dia mestilah bersederhana didalam makan dan minumnya. Dia tidak sekali-kali menghadapi makanan dengan rakus dan pelahap. Dia mengambilnya hanya sekadar untuk menguatkan tubuhnya, memelihara kesihatannya,tenaganya dan kecergasannya menurut pimpinan Al Quran seperti dfirmannya:

  Rasulullah saw bersabda
 " Bekas yang paling buruk bagi manusia ada;lah perutnya, jika ia memenuhinya , hendaklah memenuhi nya hanya satu pertiga untuk makanannya. sepertiga untuk minumannya dan sepertiga lagi untuk nafasnya. 

Umar R.a berkata:

 Awasilah dari perut buncit, jangan makan dan minum dengan banyaknya, didalam makan dan minum, sebab sesungguhnya dia merosakkan tubuh, membawa penyakit dan menjadi orang malas sembahyang. bersederhanalah kamu dalam keduanya, sebab itulah yang lebih layak,lebih jauh dari melampaui dan sesungguhnya Allah taala membenci pendita yang buncit perutnya dan gemuk badannya. Sesungguhnya seorang lelaki itu tidak akan binasa hingga dia mengutamakan hawa nafsu diatas agamanya Al Kanz 47/8

 Muslim yang bertakwa hendaklah menjauhkan diri dari perkara-perkara yang memabukkan (Al muhaddarat) dan mengkhayalkan (Al munabbahat) dan jauh sekali dari yang diharamkan, Dia akan tidur awal dan bangun pagi lebih awal . Dia tidak mengambil ubat kecuali dikala sakit. Amal kebiasaanya semuanya menolong kesihatannya, kecergasannya dan tingkah lakunya.

Seorang muslim yang sedar sentiasa menyedari bahawa orang mukmin yang kuat lebih dicintai oleh Allah swt dari mukmin yang lemah, sebgaimana yang selalu diperkatakan oleh Arrasul saw. Oleh itu ia akan sentiasa berusaha , memperkuatkan badannya dengan mengikuti peraturan kesihatan didalam hidupnya.

2 comments:

lowprof said...

setuju sangat2..

kalau sy nak bgn mlm,

sblm tido kena pastikan x makan makanan berat.. nanti nak bgn tu payah..

Anonymous said...

Kita mengetahui sama ada perut kita sudah diisi 1/3 adalah dengan bersandar kepada sendawa yang pertama...disebabkan peristalsia(gerakan usus)kita lambat, jadi digalakkan berhenti sebelum sendawa yang pertama..