Sunday, December 2, 2012

Al muslim yang hak berpuasa dibulan ramadhan

Bismillahirrahmanirrahim. Assalaamu Alaykum Wa Rahmatullaahi Wa Barakaatuh



Al muslim yang hak berpuasa dibulan ramadhan semata-mata kerana iman dan mencariredho allah swt, hatinya sentisa dilimpahi cahaya iman.
Sabda rasulullah saw.
Sesiapa yang berpuasa dibulan ramadhan semata-mata kerana iman dan mencari redho Allah , maka akan diampuni segala dosa-dosanya yang telah lalu
(muttfaq alaih).
Dia faham puasa ada hak atas diri dia.mengawal dan memelihara lidahnya, matanya dan seluruh anggota dari segala perkara yang menodai puasa /menghapuskan pahala puasa dia.

Sabda Rasulullah saw
 " Sekiranya seorang dari kamu berpuasa , janganlah ia menyentuh isterinya,janganlah ia mengeluarkan kata-kata lucah dan sia-sia, janganlah ia membuat bising,jika datang sesorang mencaci makinya , maka hendaklah ia mengatakan pada dirinya"Aku ini berpuasa"
(Muttafaq alaih)

Hadis riwayat bukhari pula berbunyi:

" Barang siapa yang tidak suka meninggalkan kata-kata dusta dan perbuatan yang palsu, maka Alah tidak berhajat padanya , ia meninggalkan makan dan minumnya."

Dia kena ingat kehidupan dia dibulan puasa itu tidak sama dengan kehidupan dia semasa bulan-bulan lain. Sesungguhnya bulan puasa itu hanyalah bulan untuk Allah semata-mata dan dialah yang akan membalasnya. Balasan dari Allah adalah kaya dan melimpah ruah, penuh rahmat, lebih besar dan sempurna, lebih menyeluruh dan lebih syumul dari apa yang terbayang oleh khayalan .
Sabda rasulullah saw:-

"Tiap-tiap amalan anak adam akan dilipatgandakan pahalanya. Satu kebaikan akan dibalas dengan sepuluh kebaikan (pahala) sehingga mencapai kepada 700 kali ganda,dan Allah telah berfirman " kecuali puasa adalah untukku , dan akulah yang membalasnya.ia meninggalkan hawanafsunya dan makan minumnya kerana aku. Bagi orang yang berpuasa ada dua kegembiraan, yang pertama,gembira tatkala berbuka. dan kedua, tatkala menemui tuhannya. Sesungguhnya bau busuk mulut orang yang berpuasa, lebih harum disisi Allah (swt)dari bau kasturi.  (Riwayat muslim).

Setiap muslim kenalah insaf dan sedar dan hendaklah merebut peluang dibulan yang berkat ini dengan buat amal soleh dan perbuatan baik.
Disiang hari berpuasa, solat . tilawah alquran, bersedekah. Dan malam nya pula solat tarawikh, berdoa dan memohon ampun kepada Allah swt.

Antara hadis -hadis yang menunjukkan pentingnya solat malam adalah:

"Barang siapa bangun untuk solat malam dibulan ramadhan kerana iman dan mengharap redho Allah swt, maka segala dosanya yang lalu akan diampunkan.

(Bukhari dan muslim).

Kesungguhan Rasulullah saw beribadat adalah seperti hadis riwayat Aisyah r.a:-

" Adalah rasulullah saw itu bertahajud (sembahyang malam) dibulan ramadhan tidak sama dengan tahajud dimalam yang lain dan pada sepuluh malam yang akhir itu sama dengan malam-malam (Ramadhan ) yang lain." Riwayat muslim.

" Adalah rasulullah saw itu apabila tiba sepuluh malam terakhir dari bulan ramadhan baginda menghidupkan malam seluruhnya , tidak tidur kerana beribadah kepada Allah swt dan membangunkan ahli baginda dan mengikat kainnya dengan bersungguh-sungguh."(Muttafaq alaih)

Rasulullah saw juga suruh kita cari malam lalilatu qadar dan mengisinya dengan ibadah
kerana Allah swt. Sabda Rasulullah saw
" Carilah malam lailatu Qadar didalam sepuluh malam terakhir dari bulam ramadhan"
(Muttafaq alaih)

dari hadis yang lain riwayat bukhari :
" Carilah malam lailatul Qadar itu dimalam yang ganjil dari sepuluh malam terakhir dari
bulan ramadhan.

" Barang siapa yang bangun beribadat dimalam lailatul Qadar  itu, keran iman dan mengharap redho Allah swt maka segala dosanya yang lalu akan diampunkan.(Muttafaq alaih)

Seorang muslim yang bertakwa, mempunyai kesedaran agama yang mendalam tidak akan berjaga malam berlama-lama sebab tidak lama lagi dia akan bangun untuk qiyamullail, menghidupkan malamnya dengan solat dan ibadat-ibadat lain, lalu dia bersahur dan kemudian dia terus kemasjid untuk solat subuh berjemaah.

Raulullah saw juga suruh kita makan sahur.

" Makanlah kamu diwaktu sahur , kerana sesungguhnya didalam sahur itu ada barakah".

Kebaikan sahur:
Ia akan mengingatkan kita untuk bangun beribadah diwaktu sahur dan mencergaskan diri untuk kemasjid untk tunaikan solat subuh dengan berjemaah. Sahur juga dapat menguatkan badan untuk berpuasa.Ini adalah amalan sahabat-sahabat Rasulullah saw.
Dari Zaid bin Thabit :
" Ketika kami bersahur bersama rasulullah saw, kemudian kami bangun untuk bersembahyang ,dikatakan . berapa lama untuk keduanya, Lima puluh ayat quran kata baginda."

Muslim yang bertakwa juga tidak melepaskan puasa sunat diluar ramadhan seperti
1. Puasa hari wukuf/hari arafah
2. Puasa hari asyura- hari kesepuluh bulan muharram.
3. Puasa hari Tasu'a (hari ke 9 dibulan muharram)
4. Puasa 6 hari dibulan syawal
5. Puasa pada hari-hari putih 3 hari setiap bulan (13,14.15 hb hijri setiap bulan).
6. Puasa pada hari isnin dan khamis

Semua puasa-puasa diatas adalah bonus untuk menghapuskan dosa-dosa berdasarkan hadis
hadis:

Dari Abu Qatadah (r.a) dia berkata yang bermaksud:
"Telah ditanya kepada rasulullah saw berkenaan hari arafah, maka bersabdalah baginda
" dia itu menghapuskan dosa setahun yang lalu dan setahun yang akan datang.
Riwayat muslim.


Dari Abu Qatadah -radhiyallahu ‘anhu-, bahwa Rasulullah shallallahu ‘alaihi wasallam ditanya tentang puasa hari ‘Asyura. Beliau menjawab, “(Puasa tersebut) Menghapuskan dosa satu tahun yang lalu”. (HR. Muslim)

No comments: