Yang dikatakan belajar dengan benar dan bersungguh-sungguh bukanlah hanya setakat belajar untuk mendapat ijazah, diploma atau sijil yang tinggi,untuk melayakkan mendapat hasil yang banyak dan menjamin kehidupan yang senang dan mewah, kemudia dia berhenti membaca , mengkaji dan mencari tambahan ilmu dari berbagai-bagai sumber ilmu dan makrifat.
Tetapi yang dinamakan menuntut ilmu dengan sebenar-benarnya ialah kita mesti terus menerus membaca, mengkaji dan menambah ilmu setiap hari.
Beramallah seperti dalam firman Allah swt
Taaha: 114
Para salafussoleh , walaupun telah mencapai darjah ilmiah yang tinggi dan agung namun mereka tidak berhenti-henti dari berusaha untuk menambahkan ilmu pengetahuan mereka.Tanpa henti dan jemu belajar dan mereka terus menerus mencari ilmu pengetahuan hingga keakhir hayat mereka. Mereka memandang bahawa ilmu itu akan hidup dan berkembang terus dengan cara belajar dan membaca, Sebaliknya ilmu itu pula akan menjadi layu dan kering apabila ditinggalkan atau berhenti belajar dan membacanya.
Oleh yang demikian itu mereka memberikan pendapat-pendapat dan perkataan-perkataan yang masyhur yang menunjukkan kepada kita sampai dimana mereka menghormati ilmu dan mensucikan nya. Bagaimana kesungguhan mereka mengikuti ilmu pengetahuan yang berterusan serta meneguknya dari sumber yang manis itu.
Dari kata-kata yang masyhur itu adalah dari apa yang diriwayatkan oleh Al iman Ibn Abdul Barri dari Abu Ghassan, katanya:
" Kamu sentiasa menjadi alim selagi kamu menjadi pelajar. maka apabila kamu merasa cukup ( perasaan kaya ilmu) kamu telah menjadi jahil "
( Riwayat muslim).
Al imam Malik (r.a) berkata:-
"Tidak wajar bagi seseorang yang mempunyai ilmu meninggalkan pelajarannya." (Riwayat muslim).
Telah dikatakan kepada Ibnu Mubarak:
" Sampai bilakah kamu menuntut ilmu?" Belaiau lantas menjawab "Hingga mati. dan boleh jadi kalimah yang berguna kepadaku belum ku tulis lagi."
Telah ditanya kepada Aimana Abu Amru Ibn Al Ala':
" Hingga bilakah waktu yang paling baik bagi seseorang itu belajar?. Selagi hidup ini baik baginya, " Jawab beliau. (Riwayat muslim).
Disuatu ketika al Imam Fakhruddin Arrazi , seorang ahli tafsir yang besar, mempunyai karangan yang banyak dan menjadi imam yang tunggal dizamannya dengan ilmu kalam dan akliah (ilmu logik) dan berbagai-bagai ilmu yang lain yang diketahuinya. Beliau telah kembali kerahmatullah pada tahun 606 hijrah.
Allah telah mengurniakan kepadanya darjah ilmiah yang masyhur dan menjadi sebutan ramai yang baik dan harum diseluruh dunia hingga kehari ini.ramai ulama dizamannya datang tidak hentinya serta membanjiri beliau dari segala tempat, dimana saja beliau melawat dibandar. dikampong atau dinegeri mana saja yang dimasukinya.
Tatkala imam ini memasuki negeri Marwa, berduyun-duyunlah orang datang berhimpun kepadanya, terdiri daripada ulama dan pelajar-pelajar untuk menuntut ilmu kepadanya,mereka semuanya merasa bangga kerana telah belajar dan menuntut ilmu daripadanya.Diantara para hadirin yang banayak yang menghadiri majlisnya ada seorang ahli sasterawan yang alim tentang ilmu keturunan manusia (genetik).umurnya belum pun mencapai ke 20 tahun. Tatkala imam itu mengetahui tentang kepakaran pelajar ini dalam ilmu keturunan, padahal beliau belum mengetahuinya dengan mendalam beliau meminta kepada muridnya itu supaya dia mengajarkan ilmu tersebut kepada beliau. Imam Arrazzi tidak merasa susah hati sedikit pun kerana menjadi murid kepada muridnya yang muda itu. Lalu beliau meletakkan murid tersebut ditempat mengajar tadi , lalu beliau duduk dihadapan muridnya sebagai pelajar.Ini adalah satu bintang penghormatan dari perasaan tawadhuk al Imam dan kemuliaan hatinya yang menghiasi seerah dan riwayatnya. Ini tidak sedikit pun mengurangkan maqamnya yang agung yang menjadi imam ilmu dizamannya dan tiada tolok bandingnya.
Peritiwa unik ini telah diriwayatkan oleh ahli seerah dan sasterawan yang ternama Yaqut Al Hamawi dalam kitab seerahnya " Mukjam Al Udaba" tatkala meriwayatkan sejarah hidup Azizuddin Ismail Ibn Hassan Al Maruzi An- nasaabah AL Husaini dan ia telah bertemu dengan Yaqut ini telah menulis sejarah lengkap bagi Azizuddin. Dia berkata:" Azizuddin memberitahuku sambil berkata: Telah tiba Imam Fakharuddin Arrazi di Marwa, lantaran keagungan darjahnya . kemasyhuran beritanya , kehebatan gayanya hingga tiada siapa dapat menyambung perkataannya , tiada siapa yang berani bergerak dihadapannya (terpaku) kerana menghormatinya.Kerana beliau merupakan seorang ulama yang masyhur dan terkenal, lalu aku masuk menemuinya dan berulangkali menghadapinya untuk menerima ilmunya.
Maka berkatalah dia kepadaku pada suatu hari: " Aku harap anda dapat menyusun sebuah kitab yang teliti berkenaan keturunan para pelajar ini supaya aku dapat engetahuinya, sebab aku tidak suka menjadi jahil dihadapannya. Lalu aku berkata : Adakah tuan guru menghendaki kitab ini tersusun atau bertaburan?
Dia menjawab: " Aku mahu yang tersusun rapi dan senang dihafaz." Lalu aku menjawab: " Aku taat dan setia". Selepas itu aku pun berlalu. Aku pun menyusun kitab itu untuknya Aku namakan dia Al Fahri. Setelah selesai semuanya aku bawakan kitab itu kepadanya . Tatkala dia melihatnya ,dia turun dari tempat mengajar dan terus duduk diatas tikar dan berkata kepadaku: Duduklah diatas tarraahah ini (kusyen yang tinggi tempat untuk tuan guru duduk dihadapan pelajar). Maka penghormatan yang demikian itu terlalu besar untukku dan aku berkata : " Aku ini hanyalah khadam tuan guru". Maka dia mengherdik aku dengan herdikan yang memeranjatkan aku dan dia menarik aku sambil berkata: " Duduklah dimana aku suruh".
Aku merasa takut , tanpa menyedari bahawa aku telah pun duduk ditempat yang disuruhnya. Kemudian dia membaca kitab itu dihadapanku dan dia nyatakan mana-mana yang tidak difahaminya hingga dia selesai membacanya. Tatkala selesai membacanya dia berkata kepadaku " Sekarang duduklah dimana anda suka.
Sebab ini adalah satu ilmu yang anda menjadi guru dan aku telah mendapat faedah daripadanya. Dan akau belajar kepadamu". Tidaklah beradab kalau seorang murid duduk kecuali dihadapan gurunya , lalu aku bangun dari tempatku dan duduklah guru itu. yang tadinya menjadi murid, menggantikan tempatku.Dan aku
menduduki tempat yang didudukinya tadi."
Berkat Yaqut A-Hamawi setelah menceritakan kisah itu ;" Demi umurku ini adalah satu adab yang baik terutama dari guru yang tinggi martabatnya ini."
Alangkah cintanya para ulama itu terhadap ilmu .Alangkah besarnya ilmu didalam jiwa mereka. Alangkah tinggi ilmu dihadapam mata mereka, oleh itu alangkah perlunya angkatan hari ini mengikuti dan meneladani mereka yang agung itu.
No comments:
Post a Comment