Tuesday, April 9, 2013

samb-4.4 Muslim al hak merupakan suami yang ideal.(Mithali).

بسم الله الرحمن الرحيم
Assalaamu Alaykum Wa Rahmatullaahi Wa Barakaatuh
اللهم صل على محمد وآل محمد


Ketahuilah : hai suami-suami yang tolol. yang selalu meradang dan menyala-nyala matanya lantarn terlalu marah. bukan keran perkara besar tetapi hanyalah kerana kecuaian dan kesilapan kecil yang dilakukan isterinya, seperti lambat sikit menghidangkan nasi pada waktunya , atau pun tidak begitu sesuai dengan selera makan.Padahal kadangkala ada sebab yang memaksa para isteri membuat kesalahan dan kesilapan yang sedemikian.tetapi para sumai yang berkenaan tanpa memeriksa dan memhami sebabnya terus marah-marah kepda isterinya , menggunakan tangan besi sewenang-wenang dengan alasan : Tidakkah mereka (kaum lelaki ) menjadi pemimpin diatas kaum wanita?

Seorang suami yang muslim dan benar tidak akan merasa cukup kalau dia hanya baik dan bergaul baik dengan isterinya sahaja, tetapi kebaikan dan kasih sayangnya merangkumi sahabat-sahabat baik isterinya. Ia akan sentiasa mengikuti contoh teladan yang telah diamalkan oleh Rasulullah saw .
Assaidah Aisyah r.a menceritakan:

" Ada seorang wanita tua datang menemui Rasulullah saw lalau Rasulullah saw tersenyum dan memuliakannya dan bersabda: "Bagaimana hal keadaanmu?"
"Bagaimankah keadaan mu dibelakang kami? Wanita tersebut menjawab." Baik". Engkaulah sebagai bapa dan ibuku. Tatkala wanita itu keluar. Bertanya lah Aisyah r.a kepada Rasulullah saw . "Engkau menghadapi wanita tua itu begitu hormat sekali dan engkau berbuat sesuatu kepadanya yang tidak  pernah engkau buat kepada seseorang sepertinya? Lalu Rasulullah saw menjawab " Sesungguhnya dia pernah mendatangi kami dizaman Khadijah. Tidakkah engkau tahu bahawa kemuliaan cinta itu adalah dari iman. (Al -Kanz: 7/115)


Kadang-kadang seorang isteri hanyut didalam arus kemarahan atau membuat sesuatau yang ganjil-ganjil dengan sebab yang tertentu lalu dia berubah sikap terhadap suaminya, lalau suaminya dapat merasai kemarahan dan perubahan itu. Disinilah sepatutnya suami itu perlu berlapang dada terhadap isterinya.,
bersabar dan bersifat mulia dan diredhai. Pandangan yang mendalam terhadap hakikat kejadian wanita, memudahkan dia bertolak ansurdan toleransi terhadap isterinya. Sebagaimana Rasulullah saw telan menunjukkan sikap sedemikian terhadap isteri-isteri baginda dan berlapang dada dan berjiwa besar terhadap
mereka, tatakala mereka memarahi Rasulullah saw dan berpaling daripada Rasulullah saw seorang dari mereka satu hari hingga kemalamnya.


Saidina umar r.a pernah berkata:-

" Kami orang Quraish adalah satu kaum yang menguasai wanita. Maka tatkala kami berhijrah ke Madinah , kami mendapati satu kaum yang dikuasai oleh isteri-isteri mereka. Lalu isteri-isteri kami belajar dari mereka." Dia berkata lagi:" Dan rumahku terletak dikalangan Bani Ummaiyah bin Zaid disebelah atas.Maka suatu hari isteriku marah padaku. Tiba-tiba isteriku membantah aku , maka aku menentang bantahannya. Maka berkatalah isteriku:
" Mengapa engkau menentang akau tatakala aku membantah engkau? Maka sesungguhnya isteri-isteri rasulullah saw membantah dia, dan berapaling daripada rasulullah saw seorang dari mereka satu hari hingga malam." Berkata Omar lagi: " Maka aku pun pergi hingga aku memasuku rumah Hafsah, lalu aku berkata: "Adakah pernah berpaling dari Rasulullah saw seorang dari kamu satu hari hingga malam?" "Ya" Jawabnya lagi. Aku berkata: " Sesungguhnya rugilah sesiapa
yang yang berbuat demikian dari kamu dan rugilah dia. Adakah seorang dari kamu merasakan dari dimurkai Allah swt lantaran kemurkaan Rasulullah saw kepadanya? Maka tiba-tiba dia binasa? Janganlah kamu membantah-bantah Rasulullah saw dan janganlah meminta sesuatu daripadanya dan mintalah kepadaku apa-apa yang kamu suka." (Riwayat Bukhari, Muslim, Tarmizi dan An-Nasai).


Kemudian Umar r.a datang menemui Rasulullah saw dan menceritakan perbincangannya dengan Hafsah tadi tetapi Rasulullah saw hanyalah tersenyum simpul. Sepatutnya seorang muslim menghiasi dirinya dengan tinggi dan menyenangkan seperti ini.Supaya menjadi pengikut jejak langkah Rasulullah saw didalam segala sifat-sifatnya dan segala urusannya.Diwaktu itulah dia dapat membuktikan bahawa islam itu sebagai agama untuk kehidupan sosial dan bermasyarakat yang maju dan tinggi.Sesungguhnya kecelakaan  ,perpecahan,kegoncangan,kekacauan dan kehilangan yang menimpa masyarakat manusia hari ini, adalah berpunca dari jauhnya manusia dari nilai-nilai yang tinggi , yang telah diperkembangkan bau harum semerbaknya oleh islam dan berpunca dari kebodohan mereka terhadap islam, juga sangkaan buruk mereka terhadap islam. Padahal islam itulah yang membawa nilai-nilai akhlak yang mulia dan sangat tinggi.
Sekiranya para suami menghiasi diri mereka dengan sifat-sifat yang demikian , akan terhapuslah persengketaan dan perpecahan dalam rumahtangga,lantas menjadi sebuah rumah tangga yang bahagia , yang dilimpahi ketenteraman, kebahagiaan, kegembiraan dan nikmat kurnia dari Allah.


No comments: