Assalaamu Alaykum Wa Rahmatullaahi Wa Barakaatuh
اللهم صل على محمد وآل محمد
by - mahmud mahdi istanbuli
Di negara maju
ibubapa sering berhubung dengan guru untuk sama-sama bekerjasama dalam mendidik
dan membetulkan anak-anak mereka. Hal ini berbeza dengan apa yang berlaku
dinegara kita. Sebilangan ibubapa tidak kenal guru anak-aak mereka dan mungkin
tidak pernah bertemu dengannya, meski pun anak mereka peringkat rendah dan
menengah. Hal ini terjadi disebabkan terdapat perbezaan dalam polisi pendidikan
. Natijahnya terdapart ramai kanak-kanak
yang sesat , yang kaki ponteng dan menipu ibubapa serta
sekolah dengan alasan palsu atau mengada-ngadakan alasan.
Kalulah ini
berlaku disebabkan kejahilan ibubapa mengenai faedah kerjasama dengan para
guru, hal ini tentu ringan sedikit. Tetapi ia berpunca dari kecuaian mereka .
Ada diantar mereka yang memiliki kambing yang mahu dipelihara oleh seorang
gembala, orang itu akan merisik khabar tentang gembala itu dari kenalan dan
jirannya. Apabila telah dipastikan tentang kejujurannya barulah ia menghubungi
gembala itu dan menyerahkan kambing kepadanya dan meminta supaya ia dijaga
dengan baik. Dari semasa kesemasa gembala itu akan dihubunginya , apabila
dirasanya gemabal itu cuai atau menkhianatinya , cepat-cepat kambing itu
ditarik balikdan dicarai ganti seorang gembala yang lain.Demikian ramai orang memberi perhatian kepada binatang ternakan lebih dari
perhatian yang dicurahkan terhadap anak-anak mereka.
Kesan dari itu timbullah jurang perbezaan yang luas antara guru dan
ibubapa. Mereka sering mengecam para guru itu dihadapan naka-anak mereka diluar
sekolah yang menyebabkan terjejasnya kehormatan guru-guru tersebut dan berkrangnya
pengaruh mereka didalam didikan.
Terdapat dikebanyakan negara pertubuhan ibubapa dan guru disetiap daerah
untuk menyatu-padukan polisi dan kerjasama mereka bagi mengatasi masaalah –masaalah
disekolah, pengajian serta bimbingan terhadap jenerasi baru.
Ada beberapa buah sekolah khas untuk perempuan di Damsyiq yang menganjurkan
pertemuan bulanan dengan ibu-ibu untuk mendengar ulasan mereka disamping
mendengar taklimat ringkas dan berfaedah dari para guru. Agak baik sekali
dianjurkan perkumpulan-perkumpulan seperti ini dan kita amat perlu kepada dasar
bersama yang satu sekolah dan rumahtangga.
Dalam hubungan ini rasanya datuk nenek kita dahulu mempunyai kesedaran
yang lebih tinggi dari kita.Mereka bekerjasama dengan guru-guru dan menyertai
mereka untuk membetulkan murid-murid. Disamping merancang kurikulum pengajian.
Sayyidina Umar bin Al Khattab pernah mengarahkan:
“ Ajarlah anak-anak kamu berenang dan memanah.
Ajarlah mereka melompat diatas kuda dan perdengarkan mereka puisi yang baik.”
Al –Hajjaj pula pernah berkata kepada pendidik anaknya:
“Ajar aak saya berenang sebelum tulisan. Mereka
mendapat dari orang yang menulis tetapi mereka tidak dapat dari orang yang
berenang.”
No comments:
Post a Comment