Tuesday, July 30, 2013

SIKAP MEMENTINGKAN DIRI SENDIRI DAN INDIVIDUALISTIK.

بسم الله الرحمن الرحيم
 Assalaamu Alaykum Wa Rahmatullaahi Wa Barakaatuh
 اللهم صل على محمد وآل محمد




Masyarakat Arab menghadapi ancaman sikap mementingkan diri dan semangat invidualistik yang mengancam kewujudannya. Puncanya bagi saya adalah disebabkan dua perkara:

  1. Pandangan ibubapa yang sempit dan kecenderungan mereka bersikap individualistik- berpunca dari kurangnya ilmu pengetahuan
  2. Pendidikan yang lemah.

Semua ini mejadikan mereka hidup ditengah-tengah jiran mereka seolah-olah mereka tersisih dari masyarakat, Mereka tidak merasakan apa yang jiran mereka rasakan. Tidak juga merasa simpati diatas penderitaan jiran dan tidak menghulurkan bantuan untuk mereka. Kiranya diberi bantuan pun ia dilakukan secar munafik dan riya’

Dalam suasana demikian kanak-kanak Arab dibesarkan dan ia mendapat pelajaran mementingkan diri sendiri dari sejak dlam buaian hingga ke liang lahad. Kemudian ia keluar meninggalkan kehidupan dengan dibekali semangat mementingkan diri yang sempit. Disana mereka akan melakukan kerosakan dlam masyrakat yang membawa kesan-kesan yang buruk dari segi sosial dan politik.
Salah seorang penyair telah menggambarkan masyarakat Arab seperti dalam madahnya

Wahai zaman apakah kini aku berada dan siapa gerangan penghuninya.
Semua berkongsi kasih selalu, memberi dan mengambil dari kau dengan timbangan.
Bila melihat timbangan susut sebesar biji sawi, susutlah kasih macam timbangan.

Mana mungkin dapat disamakan pendidikan yang salah ini dengan pendidikan yang disemai oleh agama islam dikalangan orang-orang islam.

Sabda Rasulullah sollahhualihiwasallam.

“Tidak beriman seseorang dari kamu sehingga ia mengasihi saudaranya seperti ia mengasihi dirinya.”

Sabda baginda lagi:

Bandingan orang mukmin dalam kasih sayang mereka bagaikan tubuh yang satu. Apabila salah satu anggota sakit yang lain turut berjaga dan menderita demam.”

Pernah berlaku dlam zaman sahabat seorang islam telah memsak kambing . Dia memberi jirannya yang miskinkepala kambing itu. Oleh kerana jirannya telah kenyang petang itu, ia lalu memberinya kepada jirannya pula dan demikianlah berlaku sehingga kepala kambing itu sampai semula kepada orang yang memasaknya. Demikianlah semua mereka lebih mengutamakan orang lain dari dirinya sendiri.

Berkata Huzaifah:  “ Pada hari peperangan Yarmuk aku bergegas mencari sepupuku dan bersamaku ada seteguk air dan aku berkata kalau ia masih hidup aku akan berinya minum dan menyapu mukanya. Tiba-tiba aku bertemunya sedang nazak. Aku berkata padanya: “ Kau hendak minum! “Dia mengannguk. Tiba-tiba seorang lelaki lain mengerang dahaga. Sepupuku menunjuk kearah orang itu. Aku kenalnya. Ia adalah Hisyam bin Al’as saudar Amru bin Al’-As. Aku berkata kepadanya “ Kau hendak minum?” Jawabnya : “Ya!”  Tiba-tiba ia mendengar seorang lagi mengerang. Hisyam memberi  isyarat supaya akau melihat orang itu. Bial akau sampai kepadanya ternyata dia sudah mati. Bila akau kembali menemui Hisyamdia juga sudah mati dan bila aku kembali kepada sepupuku dia pun telah mati. Semoga Allah merahmati mereka semua.”


Saya menggesa ibubapa kearah pendidikan demikian yang mengutamakan orang lain dari diri sendiri dengan harapan untuk melahirkan satu generasi yang berguna kepada bangsa dan negaranya, iaitu dengan mebincangkan mengenai masyarakat dan pentingnya kerjasama diantara anggotanya. Kemudian cuba mencetuskan perasaan yang murni terhadapanak bangsa dan manusia seluruhnya, supaya mereka itu pula dapat mencetuskan semangat mementingkan orang lain . Ini lah cara yang prktikal untuk memupuk perasaan tersebut, iaitu melalui tiga peringkat:

  1. Peringkat memahami dan meyakini.
  2. Menggemar dan menggalakkan.
  3. Melatih dan membiasakan.
Amat penting wujud sistem jaminan sosial dlam masyarakat untuk melegakan manusia kepada masa depan mereka serta menjauhkan sikap mementing diri sendiri.

No comments: