Assalaamu Alaykum Wa Rahmatullaahi Wa Barakaatuh
اللهم صل على محمد وآل محمد
Pada
suatu ketika seorang lelaki datang mengadu kepada Hasan Al Basri: “ Hujan tidak
turun”
Jawabnya
: “ mohon lah ampun kepada Allah (i.e sebutlah أستغفر ألله)
Kemudian datang pula orang laian mengadu
mengenai kemiskinannya . Dia menjawab” mohonlah ampun kepada Allah)
Kemudian
seorang lagi datang mengadu “ isteri saya mandul, dia tak boleh melahirkan anak”.
Beliau menjawab : “ mohonlah keampunan Allah”.
Orang –orang yang
berada bersama Hasan Al basri berkata kepada Hasan: “ Setiap kali orang mengadu
, tuan minta mereka memohon keampunan Allah?
Hasan Al Basri berkata : “ Tidakkah kamu membaca ayat Allah dalam surah Nuh yang bermaksud :"Sehingga aku berkata (kepada mereka): `Pohonkanlah ampun kepada Tuhan kamu, sesungguhnya adalah Ia Maha Pengampun.
"(Sekiranya kamu berbuat demikian), Ia akan menghantarkan hujan lebat mencurah-curah, kepada kamu;
"Dan Ia akan memberi kepada kamu dengan banyaknya harta kekayaan serta anak-pinak; dan Ia akan mengadakan bagi kamu kebun-kebun tanaman, serta mengadakan bagi kamu sungai-sungai (yang mengalir di dalamnya). [Nuh (71):10-12]
Ada dua perkara didunia yang memberi keselamatan kepada manusia dari azab Allah. Pertama telah tiada dan yang kedua masih kekal. Yang pertama ialah Rasulullah (صلي ألله عليه و سلم).
Dan Allah tidak sekali-kali akan menyeksa mereka, sedang engkau (wahai Muhammad) ada di antara mereka; dan Allah tidak akan menyeksa mereka sedang mereka beristighfar (meminta ampun). [al-Anfal (8):33]
أستغفر ألله... أستغفر ألله... أستغفر ألله...
Jadi , jangan sekali-kali tinggalkan istighfar!
Sebarkan! dan sesungguhnya anda akan beroleh pahala jika orang beristghfar dariperingatan yang anda berikan.
[http://www.PureMatrimony.com/]
No comments:
Post a Comment