Monday, July 29, 2013

Kejahilan ibubapa : mengenai prinsip pendidikan dan Ilmu Jiwa.


بسم الله الرحمن الرحيم
Assalaamu Alaykum Wa Rahmatullaahi Wa Barakaatuh
اللهم صل على محمد وآل محمد


By -Mahmud mahdi Istanbuli

Kajian mengenai  kanak-kanak , mengetahui kecenderungan mereka dan cara menyuburkan sikap yang baik , membetulkan yang tidak baik serta cara-cara mendidik , semua ini patut diketahui  oleh ibubapa.
Sayangnya tidak ramai ibubapa yang mahir atau memikirkan secara serius mengenai perkara ini.
Pendidikan kanak-kanak dinegara  kita dianggap sebagai suatu perkara yang mudah dan senang- lebih mudah, mengikut pandangan ramai orang- dari membuat bubur. Ia diceburi oleh ibubapa tanpa khuatir akibat dari sikap jahil mereka. Apa yang menghairankan saya – seperti yang pernah saya sebutkan ditempat lain, mengapa seorang itu tidak dibenarkan menjalankan satu kemahiran sebelum mempelajarinya berbulan atau bertahun, tetapi dibenarkan ibubapa menghasilkan anak-anak dan mendidik mereka tanpa sedikit pun pengetahuan dan kemahiran yang sehubungan dengannya?
Kesalahan ini bukan terletak kepda ibubapa sahaja. Malah kesalahan itu terletak juga apada kurikulum sekolah yang tidak mengajar bakal ibu dan bakal bapa apa yang diperlukan.
Disamping tidak mengajarkan mereka mengenai apa yang diperlukan untuk mengahadapi kehidupan sebagai seorang warga negara, sebagai ibu dan sebagai bapa. Demikian kurikulum sekolah rendah . Sementara kurikulum sekolah menengah pula  dapat dilihat antara mata pelajaran yang diajar ialah kajian mengenai banjaran gunung  dan sungai-sungai didunia serta sejarah bangsa-bangsa  kuno. Malangnya tidak ada pelajaran yang diperlukan oleh seorang warganegara  untuk  menjadi ayah dan ibu yang mampu memikul tanggungjawab yang mesti dilakukan oleh mereka.
Kajian secara terperinci mengenai seni pendidikan dan ilmu jiwa menjadi tugas utama pemuda dan pemudi. Mereka harus mengkajinya secara amali dan membuat persediaan untuk perkara tersebut sebelum  membuat persediaan mengenai barang-barang hantaran.
Kejahilan ibu bapa mengenai prinsip pendidikan dan ilmu jiwa meninggalkan kesan adan akibat yang buruk yang merosakkan jenerasi baru serta sikapnya yang melentur.


No comments: