Assalaamu Alaykum Wa Rahmatullaahi Wa Barakaatuh
اللهم صل على محمد وآل محمد
By mahmud mahdi Istanbuli
Ada diceritakan seorang
teman telah menjemput rakan-rakannya menghadiri suatu majlis jamuan, Apabila selesai makan
salah seorang rakannya menyangka makanan itu beracun. Ia memberitahu para
jemputan mengenai perkara tersebut dan kemudian bergegas menalipon seorang Doktor. Dengan tiba-tiba semua orang mula muntah
-muntah. Semua menjadi gugup dan sebahagian besar dari mereka berbaring
dilanatai kerana keletihan dan kesan keracunan.
Doktor pun tiba dan jelas
baginya tuan rumah telah tersalah dan tidak ada apa-apa racun. Mendengar itu
para jemputan semuanya pulih dan terhenti muntah mereka dan semuanya bangun
dengan segar.
Peristiwa ini saya sebutkan
disini untuk menerangkan kesan saranan atau sangkaan terhadap jiwa. Sarann
mungkin mempunyai kesan yang baik dan
buruk mengikut sebagaimana yang digunakan oleh pendidik.
Biasanya ibu memainkan
peranan sebagai “penyaran” dan kerap meninggalkan kesan yang buruk terhadap
anaknya. Umapamanya dia enyebut “ engkau binatang tak memahamai , kau tak boleh jadi lelaki. Celaka
engkau ini, anak jiran kamu itu seribu kali lebih baik dari engkau”. Serta
lain-lain ungkapan yang kasar yang berkesan dalam diri sianaksebagai racun yang
merosakkan persaannya, membunuh semangatnya
dan menghancurkan peribadinya. Sebaliknya kata-kata galakan , kata-kata
yang memberi semangat umpamanya “ Engkau boleh maju. Kau punya masa depan yang
baik.Engkau memang bijak” dan lain-lain ungkapan boleh membina jiwa anak-anak.
Saya tidak berhak
melanjutkan perbincangan mengenai “saranan” ini. Apa yang saya sebutkan sudah
memadai,Harapan saya kepada ibubapa
, hendaklah mereka berhati-hati . Jangan sentiasa menyalah dan mencela
anak-anak serta hendaklah mengelak dari mengeluarkan kata-kata yang boleh
menjatuhkan kedudukannya. Sebaliknya mereka hendaklah sentiasa memberi galakan
dan memberi penghargaan terhadap kejayaan serta hemah anak-anak.
Tidak ada yang lebih
membunuh jiwa kanak-kanak dan melemahkan peribadi mereka dari siibu yang jahil,
yang sentiasa memandang reandah dan memperkecil-kecilkan kedudukan mereka serta
mengeluarkan kata-kata yang menggongcang kepercayaan serta keyakinan pada diri
mereka.
No comments:
Post a Comment