بسم الله الرحمن الرحيم
Assalaamu Alaykum Wa Rahmatullaahi Wa Barakaatuh
اللهم صل على محمد وآل محمد
By MahmudMahdi Istanbuli
Perimgkat ini bermula dari kanak-kanak itu berhenti menyusu dan berakhir sebelum menjelangnya peringkat kedua.Dengan kata lain bermula dilingkungan umur antara dua tahun dan enam tahun. Peringkat ini menunjukkan beberapa keistimewaan -keistimewaa berikut:
1. Kesuburan aqal yang pantas , ia mencapai empat perlima dari berat timbangan keseluruhannya.
2.Kemungkinan berkembang paru-parunya denagn meluas kerana tulang dadanya yang lembut diperingkat ini.
3. Ada potensi untuk melatih kanak-kanak dengan kebiasaan yang yang berguna dan baik dengan mudah.
4. Kanak-kanak cepat terpengaruh denagn apa yang dilihatnya.
5. Sebelum berakhir peringkat -ini muncul naluri ingin tahu. )sekiranya tidak menemui sesuatu yang boleh memuaskannya maka naluri ini akan menjadi pudar dan padam, yang menjadi punca kepada sikap liar).
Demikian diantara beberapa keistimewaan peringkat pertama kanak-kanakdan ia seperti apayang dapat dilihat adalah amat penting. Sebahagian para pendidik ada meneybutkan bahawa pendidikan bermula dan beralur diperingkat ini.Justeru itu bagi negara-negara maju dalam zaman moden ini mereka amat memberi perhatian kepada kanak-kanak diperingkat yang penting ini dengan menubuhkan tadika-tadika disetiap tempat - yang dilengkapi dengan peralatan kemahiran dan permainan yang
memberi faedah - dibawah peneteliaaan pendidk-pendidik wanita yang terlatih dan peka dengan jiwa serta tabiat kanak-kanak.Disamping itu pendidik-pendidik tersebut harus meneyedari dan menghargai keinginan serta naluri kanak-kanak.
Suatu yang janggal yang berlaku dinegara-negara Arab ialah kebiasaannya kanak-kanak dalam peringkat ini diabaikan .Kementerian pelajaran tidak menerimanya dan tidak mendirikan tadika-tadika untuk mereka dengan alasan sibuk dengan kanak-kanak diperingkat kedua serta peringkat-peringkat selepasnya dan masaalh kekurangan peruntukan . Disamping itu pula tidak ada badan
-badan "reformasi " yang memikirkan cara untuk memanafaatkan kanak-kanak dalam peringkat ini. Tidak ada yang memungut kutipan derma umpamanya untuk mendirikan tadika(1) dan nursary khusus bagi mereka. Malah rumahtangga masyarakat Arab tidak memounyai
persediaan dari segi kemahiran dan amali yang membolehkannya mampu menjadi kediaman mereka.
Seabaliknya majlis-majlis Bandaran dinegara kita pula yang terpaksa memikirkan tentang masalah ini . Pahal yang sepatutnya menjalankan rancangan penubuhan tadika-tadika ini ialak Kementerian Pelajaran (Seperti yang berlaku dikebanyakan negara-negara Barat)
Demikian kita telah megabaikan dalam negara ini bunga bunga yang paling cantik untuk generasi baru yang ditangan merekalah terletaknya kehidupan serta masadepan kita. Mereka membesar dalam ribaan kejahilan dan kecuaian dibawah pengawasan dan penjagaan ibu-ibu yang jahil, pembantu-pembantu rumah serta keadaan persekitaran nya yang secara tabi'i menjadi pendidik mereka.
Apabila berakhir peringkat yang penting ini dalam kehidupan kanak-kanak, maka muncullah peringkat kedua . Di peringkat ini mereka dimasukkan kesekolah rendah , selepas mereka pada gahlibnya dibekalkan dengan bibit-bibit liar dan dengan didikan dan kebiasaan yang salah,yang memerlukan
masa yang lama untuk memeperbaiki dan menampung keburukannya. Itu pun kalau para pendidik diperingkat ini jujur menjalankan tugas mereka dan mencapai kejayaan. Tetapi kebiasaannya memang sukar untuk mencapai kejayaan. Begitulah nampaknya kita telah membayar harga kecuaian pendidikan kanak-kanan diperingkat ini dengan mengurangkan perbelanjaan kerajaan bagi menubuhkan tadika dan kita menyangka kita telah melakukan tinfakan yang baik.
nota:
Saya telah menyedari kekurangan ini diawal dekad empat puluhan. Lalu saya telah cuba membuat dengan mendidrikan 'Tadika Damsyiq'melalui bantuan kementerian Pelajaran yang telah memeberikan kepada saya sebuah sekolahnya dalam masa cuti musim panas.Percubaan ini telah mendapat
kejayaan yang cemerlang sehingga ramai diantara kanak-kanak yang tidak mahu mengikut kelurga mereka bersiar-siar waktu petang. Keadaan initidak pernah berlaku dalam sejarah pendidikan di Damsyiq. Melalaui usaha ini kanak-kanak mendapat perhatian yang berfaedah. Kejayaan itu mendorong saya membuka beberapa bauh tadika lagi di Damsyiq dan kawasan-kawasan sekitarnya. Sebahagian dari tadika tersebut masih lagi ada hingga kehari ini. Kemudian langkah ini diikuti oleh ramai guru-guru. Mereka mendirikan tadika -tadika yang sama sehingga ia tersebar luas. Namun begitu
sebahagian besar dari pengelolanya tidak mempunyai pengalamn dari segi ilmiah dan kemahiran yang berkaitan. Saya bersyukur kepada Allah atas kurniaan itu.( memberikan saya kesempatan untuk memulakannya).
No comments:
Post a Comment