Sunday, October 27, 2013

ALQURAN DIRUMAH

بسم الله الرحمن الرحيم
Assalaamu Alaykum Wa Rahmatullaahi Wa Barakaatuh
 اللهم صل على محمد وآل محمد




By Mahmud mahdi Istanbuli

Dalam setiap rumah ada kitab suci Al Quran. Sesiapa yang berpegang dengannya akan mendapat hidayah dan sesiapa yang mengabaikannya akan sesatlah ia. Al Quran telah menggariskan prinsip "keluarga mithali" dan menjelaskan hubungan antara setiap anggota kelurga - yang memberikan kesan yang besar kearah melahirkan rumahtangga yang bahagia . Darinya akan melahirkan masyarakat Arab islam dan negara ideal yang telah menyebarkan keseluruh dunia sinar kemanusiaan dan tamaddun yang sebenar.

Itulah kitab suci Al Quran yang menjadi penghormatan kepada semua kitab yang dulunya merupakan obor, tetapi kini lebih merupakan barang antik (kepada sebahagian orang) yang dijilid dengan baik , ditulis kulitnya dengan air emas , kemudian diletakkan diruang tengah rumah, yang ayat-ayatnya dibuat azimat dan tangkal. diletakkan dihujung kepala waktu hendak tidur, dibaca ketika ada orang mati, dan ditulis ayat-ayatnya diatas pinggan atau bejana dan diminum air darinya.

Kalau kita berseliseh pendapat tentang sesuatu perkara dan kita menjadi buntu mencari jalan penyelesaiannya , kita kembali kepada Al quran untuk bertenung nasib dengannya. Apabila berlaku kematian maka larislah perniagaan Al Quran. Dibaca pagi dan petang bagaikan perlakuan burung kakak tua  tanpa difahami isinya dan tanpa mahu menyusahkan sedikitpun diri kita untuk bertanyakan tentang tafsiran dan pengertiannya.

Pada suatu ketika salah seorang kelurga saya memeberitahu saya katanya " dalam bualan puasa saya setiap hari saya khatam Al Quran untuk roh orang-orang yang mati". Saya berkata padanya " Alangkah baiknya disamping engkau membaca itu, engkau merenungi pula tafsirannya". Jawab nya " itu boleh mengurangkan bacaan saya dan akan mengurangkan pahala untuk orang-orang mati". Saya berkata padanya : "Saudara , alQuran ini kitab orang hidup, bukan kitab orang mati. Engkau patutnya membecanya dengan teliti , mengamalkan suruhannya, mengelakkan larangannya. Bertanyalah kepada ulamak apa yang tidak jelas bagi engkau. Jangan tanyakan pada kumpulan pinggiran yang mengikut angin orang ramai untuk mendapat keredhaannya serta memeras kekayaannya. Terdapat keterangan bahawa tidak harus di khatam Al Quran kurang dari tiga hari untuk membolehkan kita merenungi ayat-ayatnya serta beramal dengannya."

Tersebut didalam Al Quran , kata Rasulullah saw " Oh tuhan , kaumku telah meninggalkan Alquran:. Sebahagian besar dari  kita telah meninggalkan Al quran sehinggalah kita menghadapi keadaan yang kita hadapi sekarang iaitu keadaan yang penuh dengan kemunduran dan kejatuhan. Diantara bentuk "meninggalkan Al quran itu ialah membacanya tanpa renungan dan tanpa memikirkannya.Begitu juga tidak mengkajinya dan bertanyakan pengertian yang terkandung didalamnya . Begitu juga tidak beramal dengannya . Justeru itu tepatkan keatas kita kata-kata seorang ahli salaf, katanya " Betapa ramai orang membaca Al quran sedang Al Quran melaknatnya.


Dahulu kita adalah generasi Al Quran yang sebenar, Ia telah membersih jiwa kita , menghapuskan keburukan kita , mengubah kita dari perasaan hina menjadi kuat, dari keadaan bercerai berai menjadi bersatu dan telah menjadi pemimpin dunia , kita berikan kebebasan berugama kepada manusia , kita sebarkan perdamaian dan tamaddun keseluruh alam- tetapi hari ini kita mendidik anak-anak kita bukan atas nama manhaj islam. Malah budi pekerti kita tidak berlandaskan Al Quran. Kemudian kita mendakwa kononnya kita umat  nabi Muhammad saw , umat yang terbaik dan kita bersedih dan meratapi nasib kita yang bagai "melukut ditepi gantang"

No comments: