Assalaamu Alaykum Wa Rahmatullaahi Wa Barakaatuh
اللهم صل على محمد وآل محمد
By Mahmud mahdi Istanbuli
Mungkin
bagi kebanyakan orang tajuk ini agak ganjil sedikit . Mereka tentu akan menyebut,
apaakh tujuan penulis menyentuh soal sukarelawan didalam keluarga, seolah-olah
mereka berada dikem tentera atau medan perang.
Sebenarnya
rumahtangga patut wujud suasana seperti itu semua. Malah lebih dari itu , yakni
selama negara kita dan negara-negara islam diancam dari semasa kesemasa oleh
serangan kuasa-kuasa asing dan selama
banyaknya pakatan sulit dirancang untuk membinasakan kita. Tidak jauh dari kita
israel sedang merangka perang kemusnahan terhadap kita. Ia melatih wanita dan
kanak-kanak untuk “perusahaan maut”
sebagai persediaan untuk hari pelancaran serangan.
Saya
pernah menyentuh pendididkan fizikal yang kasar yang dilakukan oleh orang
yahudi yang ganas itu keatas anak-anak mereka. Seorang teman saya di Palestin menceritakan pada saya bagaimana orang-orang yahudi , sebelum perang terakhir
berlaku bergumpal dengan anak-anak mereka sejak kecil lagi ditengah-tengah
hujan dan ditengah-tengah salji untuk
latihan ketenteraan.
Latihan
menembak , bergusti , memandu kereta, kereta perisai dan lain-lainnya merupakan
latihan -latihan yang dijalani oleh generasi baru zionis disekolah-sekolah.
Sedangkan kita sibok memaksa anak-anak kita menghafal perkara -perkara yang
ditulis dalam buku tentang sejarah abad pertama yang kuno itu dan mengkaji tabiat unggas dan binatang
diseluruh dunia , seolah-olah kita semua sedang dilatih untuk menjadi penyelia
zoo dan penyelia muzium.
Saya
berharap ,alangkah baiknya kalau pihak tentera dapat bekerjasama dengan para
pendidik dan cendikiawan kita ketika kita menyediakan kurikulum pendidikan
dinegara ini , kerana badan dan jiwa kementerian pertahanan adalah pada
kementerian Pelajaran. Pendidikan ketenteraan tidak sepatutnya hanya bermula
ketika seseorang memasuki bidang pengajian . Ia sepatutnya bermula dirumah dan disekolah sebelum tubuh badan menjadi
lesu kerana mengabaikan riadhah, kecergasan badan dan bergelumang dengan buku.
Kita
memerlukan kelurga dan sekolah yang kuat yang menyediakan kepada kanak-kanak
sejak kecil lagi untuk persediaan mengharungi perjuangan hidup , bersikap
bermati-matian , sanggup berkorban , gemar pada kehidupan "
adventure" dan mahir dengan perusahaan maut. Sifat-sifat demikianlah yang
diperlukan untuk melahirkan suatu bangsa yang gagah dan tentera yang berani.
Rasulullah
sallaLlahu 'alaihi wasallam menyedari hakikat ini . Baginda telah mendidik
cucunya berlawan pedang dirumahnya. Baginda menggesa orang orang islam
mengajar anak-anak mereka memanah , berenang dan menunggang kuda demi untuk mengujudkan satu generasi baru
yang gagah , yang sukakan "adventure" yeng telah berjaya membentuk
tentera pembebasan dan telah berjaya menyelamatkan bangsa Arab dari kezaliman serta
penindasan orang -orang Parsi dan Rome, disamping telah dapat menunaikan
tanggungjawabnya yang sebenar.
Maka dengan sebab itulah kita melihat
pemuda-pemuda Arab bersungguh-sungguh benar untuk meyakinkan Rasulullah saw
bahawa mereka telah cukup dewasa dan mampu untuk menggabungkan diri dalam peperangan
jihad. Mereka yang ditolak kerana umurnya masih muda menangis hampa bagai
seorang yang kematian seseorang yang sangat dikasihinya.
Kekuatan
kebendaan bukanlah merupakan satu-satunya senjata tentera, malah disamping nya
mereka memerlukan kekuatan maknawi. Ini dapat dilihat pada anggota sukarelawan
yang dihantar oleh Rasulullah saw iaitu satu pasukan kecil dalam peperangan
Mu'tah. Kata baginda pada mereka: "Kiranya Zaid bin Harithah gugur, maka
panji-panjinya dipegang oleh Ja'afar bin Abi Talib. Kiranya Ja'far gugur ia
dipegang oleh Abdullah bin Rawahah.
Dalam
peperanagan tersebut Zaid mara menghadapi musuh lalu gugur terkena lontaran
lembing mereka. Panji-panji islam kemudiannya terus dipegang oleh Ja'afar yang
menyerang orang-orang Rom dan berjaya membunuh sebilangan besar dari mereka.
Akhirnya mereka mengepungi kudanya . Belaiu tangkas turun dari kudanya , lalu
kemudian meluru menyerbu musuh. Muala-mula dipegangnya panji dengan tangan
kanannya . Apabila tangan itu terputus ditetak musuh dipegang dengan tangan
kirinya pula . apabila tangan kirinya itu putus didakap dengan lengannya
sehinggalah dia gugur. Kemudian panji-panji islam disambar pula oleh Abdullah
bin Rawahah. Ia meluru menghadapi musuh sambil memekik kepada orang islam :
Kawan-kawan ! apa yang kita
idamkan telah sampai (syahid dimedan
perang). Kita tidak memerangi musuh dengan bilangan , bukan dengan kekuatan dan
bukan dengan banyaknya senjata. Kiata hadapi mereka dengan iman yang Allah
kurniakan pada kita. Maralah! hanya salah satu kebaikan yang pasti kita dapat,
kemenangan atau mati syahid". Abdullah terus berjuang sehinggalah beliau
gugur syahid.
No comments:
Post a Comment