Assalaamu Alaykum Wa Rahmatullaahi Wa Barakaatuh
اللهم صل على محمد وآل محمد
by pure matrimony
Setiap yang berlaku itu ada sebabnya.
Anda jumpa seseorang dan beliau merubah kehidupan anda, seperti Mus'ab bun Umayr ,yang jumpa
Rasulullah (salAllahu ‘alayhi wassallam) dan berubah menjadi seorang yang 'baru'. Dan anda kehilangan orang itu , tetapi iman anda tidak tergugat. Bahkan ia lebih menguatkan anda dari sebelum ini. Seperti Abu Bakar
(radiAllahu ‘anhu) yang sangat dedikasi terhadap islam dan tidak meninggalkan islam walaupun disaat ujian terbesar kepada ummah iaitu kewafatan Rasulullah (salAllahu ‘alayhi wasallam).-kawan baiknya.
Anda mungkin dilayan dengan zalim oleh oarang anda sayang, seperti Rasulullah (salAllahu ‘alayhi wasallam)
yang mana bapa saudara baginda sendiri yang mengganggu baginda setiap masa.
Atau anda cintai dan kehilangan , seperti Ummu Salamah (radiAllahu ‘anha) yang kehilangan suaminya disaat dia sangat memerlukannya.
Setipa yang berlaku ada sebab, sebab Allah (subhanahu wa ta ‘ala) berfirman :
dan boleh jadi kamu benci kepada sesuatu padahal ia baik bagi kamu, dan boleh jadi kamu suka kepada sesuatu padahal ia buruk bagi kamu. Dan (ingatlah), Allah jualah Yang mengetahui (semuanya itu), sedang kamu tidak mengetahuinya.
[Surat AlBaqarah 2:216]
Tugas kita adalah kembali kepada Allah untuk setiap ujian, sebab kita tak akan faham mengapa, ia mungkin payah- tetapi yang penting adalah bagaimana kita memandang sesuatu perkara itu dan berjuang untuk menjadi lebih baik walaupun payah. Setiap yang berlaku ada sebabnya- jadi janganlah putus harap.
No comments:
Post a Comment