Tuesday, January 28, 2014

ABU HURAIRAH

بسم الله الرحمن الرحيم
Assalaamu Alaykum Wa Rahmatullaahi Wa Barakaatuh
 اللهم صل على محمد وآل محمد

ikram siswa utm



Nama sebelum Islam : Abd Shams 
Nama selepas Islam : Abdul Rahman
Kelahiran: 19 tahun sebelum peristiwa Hijrah. Hidup dalam keadaan yatim dan miskin. Memeluk Islam pada tahun ke 7 Hijrah ketika Rasulullah berangkat menuju ke Khaybar
Kabilah: Al-Dusi di Yaman
Kewafatan: Tahun 57 Hijrah, ketika berusia 78 tahun dan dikebumikan di Madinah


Beliau juga seorang yang Amanah dengan Ilmu :

1. Tidak sombong dengan ilmu
Amat merendah diri walau paling banyak menghafal hadis, menumpukan banyak masa terhadap pengkajian ilmu

2. Jujur dalam menyampaikan ilmu
Bertanggungjawab menyebarkan ilmu dan hadis kepada orang lain walaupun Sayidina Umar al-Khattab pernah memintanya berhenti menyebarkan hadis (bimbang terdapat hadis yang direka-reka)

3. Ilmu sebagai pembela islam
Menyertai peperangan Mu’tah menentang tentera Rom Byzantine
(tentera Islam berjumlah 3000 orang sementara pihak Rom Byzantine sekitar 100,000 orang tentera)

4. Terlibat dalam ilmu pentadbiran
Pernah menjadi gabenor di Bahrain ketika zaman Sayidina Umar al-Khattab (kerana pengalaman berdakwah di sana) dan juga gabenor di Madinah ketika zaman Sayidina Mu'awiyah (atas cadangan Marwan bin Hakam )

5. Mempertahankan kepimpinan Islam
Sentiasa mengikuti isu semasa negara dan menyokong perjuangan Islam. Contohnya beliau bersama-sama 700 sahabat mengawal kediaman Sayidina Uthman daripada diserang pemberontak (peristiwa al-Fitnah al-Kubra)

Walaupun bukanlah terdiri daripada para sahabat terawal memeluk Islam, namun beliau merupakan sahabat paling banyak menghafal hadis Nabi s.a.w. 

Post a Comment