Assalaamu Alaykum Wa Rahmatullaahi Wa Barakaatuh
اللهم صل على محمد وآل محمد
by ikram siswa utm
Beliau lahir di Yatsrib (Madinah) 10 tahun sebelum Hijriah (612 Masihi).
Nama lengkapnya Anas bin Malik bin an-Nadhar bin Dhomdhom al-Anshory al-Khazrojy.
Anas diserahkan oleh ibunya Ummu Sulaim, kepada Rasulullah di kala Rasulullah datang dari Mekah setelah perintah hijrah dari Allah SWT.
Penduduk Madinah saat itu benar-benar mengalu-alukan kedatangan Rasulullah, termasuk Anas yang masih kecil dan ibunya Ummu Sulaim.
Sewaktu Nabi s.a.w. datang ke Madinah, Anas ketika itu baru berusia 10 tahun. Waktu itu juga, ibunya datang menemui Nabi s.a.w. lantas berkata kepadanya :
“Ini adalah Anas, anak yang pandai dan akan menjadi pembantumu”. Selepas beberapa tahun bersama Nabi, baginda menggelarkan Anas Abu Hamzah (Singa).
Abu Hurairah berkata,
“Saya belum pernah melihat orang yang menyerupai solatnya Rasulullah kecuali Ibn Ummu Sulaim (maksudnya Anas).
Selain itu, Ibnu Sirin berkata, “Anas adalah sahabat yang solatnya paling bagus, baik di rumah maupun pada waktu Safar.”
Anas dikurniakan usia yang panjang (atas doa Rasulullah s.a.w). Anas bin Malik hidup selama 104 tahun lamanya.
Dikurniakan keturunan yang banyak oleh Allah SWT, iaitu tidak kurang dari 100 orang anak serta cucu beliau.

No comments:
Post a Comment