Saturday, January 11, 2014

Matinya seorang manusia jahat

بسم الله الرحمن الرحيم
 Assalaamu Alaykum Wa Rahmatullaahi Wa Barakaatuh
 اللهم صل على محمد وآل محمد






11 Jan 2014. Bagi ramai Zionis, beliau adalah seorang hero dan pujaan, sungguhpun ramai yang menentang beliau atas dasar kepentingan politik. Bagi manusia yang siuman, beliau adalah seorang pengganas yang tidak mengenal erti kemanusiaan, seorang pembunuh yang brutal dan angkuh. Beliaulah yang mencetus Intifadah Al-Aqsa. Beliaulah juga yang mengganyang manusia di Sabra dan Shatila.
 Setelah berada dalam keadaan koma selama lapan tahun, akhirnya Ariel Sharon diisytiharkan mati petang tadi di Pusat Perubatan Sheba di Tel Hashomer, Tel Aviv sebagaimana diumumkan anaknya, Gilad Sharon. Berketurunan Yahudi pendatang dari Rusia, Sharon dilahirkan pada 1 Mac 1928 di Kfar Malal. Beliau merupakan ahli kumpulan gelap Haganah, yang akhirnya meresap menjadi sebahagian daripada pasukan tentera Zionis 'yang sah'. 
Sejurus mengakhiri karier dalam tentera sebagai seorang Major Jeneral, beliau memasuki arena politik. Kemudian beliau diangkat menjadi Menteri Pertahanan, seterusnya menjadi Perdana Menteri dari 2001 hingga 2006. Januari 2006, beliau diserang stroke, dan berada dalam keadaan koma sehingga ke akhir hayat. Jun 1973 - bersara dari tentera dan terus aktif dalam politik bersama Parti Liberal. Okt 1973 - kembali ke dalam tentera (bila meletus Perang Yum Kippur) Dec 1973 - menjadi ahli Knesset 1981 - menjadi Menteri Pertahanan Sep 1982 - mencetus tragedi pembunuhan Sabra & Shatilla, hingga dipaksa letak jawatan Menteri Pertahanan, tetapi tetap di dalam kerajaan sebagai menteri tidak berfotfolio. 1984- menjadi Menteri Perdagangan dan Industri Sep 2000 - menceroboh masuk ke Masjid Al-Aqsa, mencetuskan Intifadah Al-Aqsa (Intifadah ke-2) Jan 2003 - menang pilihanraya Knesset (bersama Parti Likud), menjadi Perdana Menteri Ogos 2005 - pindahkan semua Yahudi keluar daripada Gaza. 4 Jan 2006 - diserang sakit "cerebral hemorrhage", dan tidak pernah sedarkan diri sejak tarikh tersebut sehinggalah beliau mati. [mn/Ynet/Hareetz]

No comments: