Wednesday, February 26, 2014

Benda paling kecil

بسم الله الرحمن الرحيم
Assalaamu Alaykum Wa Rahmatullaahi Wa Barakaatuh
اللهم صل على محمد وآل محمد





Beberapa kurun sebelum diangkat Muhammad saw menjadi Rasul , terdapat satu teori tentang atomism
yang dipelopori oleh seorang falsafah Greek bernama Democritus. Dia dan orang-orang yang datang selepasnya menganggap bahan yang kecil, tak boleh hancur, particle yang tak boleh dibahagi  dipanggil Atom.
Orang Arab juga memakai konsep yang sama dan perkataan arab "dharrah: adalah merujuk kepada partikel
yang paling kecil yang diketahui oleh manusia.Kini, sains moden telah menemui bahawa unit terkecil itu (iaitu, atom, yang mempunyai semua sifat yang sama sebagai elemen) boleh dibahagikan kepada bahagian-bahagian komponen. Ini adalah idea yang baru, pembangunan abad yang lalu, namun; cukup menarik, maklumat ini telah pun didokumenkan dalam al-Quran 34:3 yang menyatakan:

....... Tiada tersembunyi dari pengetahuanNya barang seberat debu yang ada di langit atau di bumi, dan tidak ada yang lebih kecil dari itu.....Saba'34:3

Tidak dinafikan, empat belas abad yang lalu kenyataan itu akan kelihatan luar biasa, walaupun kepada orang Arab. Baginya, dharrah adalah perkara yang paling kecil . Sesungguhnya, ini adalah bukti, bahawa Al-Quran tidak ketinggalan zaman





No comments: