Wednesday, February 26, 2014

Kisah pelaut dan Quran

بسم الله الرحمن الرحيم
Assalaamu Alaykum Wa Rahmatullaahi Wa Barakaatuh
 اللهم صل على محمد وآل محمد





Bila seorang bukan islam mengkaji Alquran mereka akan dapati Quran bukanlah sebagaimana yang mereka sangkakan . Apa yang mereka sangkakan adalah -Al quran itu adalah buku lama yang ditulis pada 14 abad yang lalu dari padang pasir. dan mestinya kelihatan seperti itu -maklumlah buku lama dari padang pasir.
Tetapi jangkaan mereka jauh tersasar. Tambahan pula ada juga yang berpendapat , disebabkan buku itu dari padang pasir maka cerita didalamnya mestilah berkisar tentang padang pasir. Ya ! Al quran ada sebut pasal padang pasir- ada banyak gambaran tentang padang pasir. Tetapi Alquran juga merangkumi tentang laut- contohnya bagaimana keadaan ribut dilautan.

Kisah pelaut.

Beberapa tahun sudah terdapat suatu kisah diToronto Kanada tentang seorang lelaki Tauke laut Dalam
yang hidupnya banyak dilautan. Seorang muslim telah menghadiahkannya senaskah Al quran untuk dibaca.
Tauke tersebut tidak tahu apa-apa tentang sejarah islam tetapi dia berminat untuk baca Quran. Bila dia habis baca , dia bertanya kepada muslim tersebut " Adakah Muhammad itu seorang pelaut?" . Dia sangat tertarik dengan cara Al quran menceritakan tentang ribut dilautan. Bila dia diberitahu " tidak! Muhammad tinggal dipadang Pasir ". - Itu dah cukup baginya dan dia terus memeluk islam.

Dia sangat takjub dengan keterangan alquran kerana dia sentiasa menghadapi ribut dilautan  dan dia sangat
pasti , yang menulis tentang ribut dilautan itu adalah yang berada disana semasa ribut tersebut.

Keterangan alquran  seperti dibawah:-

 ...... gelap-gelita di lautan yang dalam, yang diliputi oleh ombak bertindih ombak; di sebelah atasnya pula awan tebal (demikianlah keadaannya) gelap-gelita berlapis-lapis...... Annur 24:40

bukanlah khayalan seseorang penulis , tetapi ia ditulis oleh yang tahu bagaimana keadaan ribut dilautan tersebut. Ini adalah satu contoh dimana quran tidak terikat dengan suatu masa atau tempat tertentu. dan sudah tentu idea sintifik yang ada itu pun bukannya berasal dari padang pasir 14 abad yang lalu.


No comments: